Langkau ke kandungan utama

Hari ini 11 Oktober

Dah lewat ni, sepatutnya Tedi sudah kena masuk tidur ni...

Gambar Neostone Agent berjenis air yang Tedi peroleh daripada Mystic Scroll
  1. Alhamdulillah, petang tadi dekat jam 7 malam berjaya juga Tedi membuatkan proses kemaskini ID Cincin Kekunci berfungsi dengan baik. Puaslah Tedi belek dan belek, sehingga akhirnya terpaksa Tedi debug baris demi baris sebelum Tedi kenalpasti bahawa punca masalah adalah disebabkan oleh nilai yang tidak tepat pada 3 set 3 jenis Kunci Terpelihara Global Platform. Ia menyebabkan proses penulisan ke dalam Modul Capaian Terpelihara tidak dapat dilakukan kerana proses pengesahan gagal.
  2. Tedi tak faham juga kenapa 6 set pembolehubah yang berlainan yang Tedi umpukkan dengan 3 set Kunci Terpelihara yang berlainan boleh pula tiba-tiba mendapat nilai yang sama? Tidak pernah Tedi melihat perkara sebegitu. Memandangkan fungsi itu disediakan oleh pelajar lain, Tedi biarkan sahajalah, asal ia berfungsi.
  3. Tadi Mommy tanya, siapa Budak Baik? Biarlah rahsia... hehe...
  4. Tengahari tadi Tedi berbual dengan seorang pemilik Myvi. Terkejut juga Tedi apabila dia mengutuk kendalian Myvi dan memuji pula kendalian Proton Exora. Pertama kali Tedi mendengar seorang pemilik kenderaan Perodua memuji kenderaan keluaran Proton. Sebelum ini ada juga pujian apabila Myvi yang melanggar kereta Proton Saga kami tu remuk teruk sehingga pecah radiator manakala kereta Proton SAGA BLM 2008 kami tu cuma kemik bumper belakang. Tapi kami counter balik dengan menyatakan bahawa semua kereta bahagian depannya lembut. Tak pastilah sama ada kenyataan kami tu betul? Tapi tak mahulah berbangga sangat akan kenderaan sendiri.
  5. Seorang pemilik kenderaan continental pula mengiyakan kenyataan pemilik Perodua Myvi itu tadi dan dia menambah perisa dengan menyatakan kendalian Proton IRIZ lebih baik berbanding Myvi! Wah wah wah....
  6. Seorang pemilik Honda City pula menyatakan bahawa keretanya hanya menelan minyak RM 40 untuk perjalanan 500 kilometer! Gila jimat. Tapi dia bawa 90 kilometer sejam ke 100 kilometer sejam sahaja. Kenyataan itu dibenarkan oleh seorang lagi peserta dengan menyatakan bahawa Honda Civic 2016 Turbo sangat jimat minyak walaupun dipandu 150 kilometer sejam. Wah, dahsyat betul kerete Honda?
  7. Hari ini Tedi berjaya menjadikan Rica sebagai mob bintang 6, dan dia telah mencapai tahap 40! Tedi berjaya juga mengutip satu Mystical Scroll di Dragon Dungeon dan dikurniakan Neostone Agent melaluinya. Sekarang Tedi sedang melepak di Mystic Dungeon untuk mendapatkan bahan-bahan untuk awake si Thormars.
  8. Sekian aktiviti Tedi pada hari ini, sudah tiba masa untuk Tedi beradu.

Ulasan

Kiriman Berkaitan