Langkau ke kandungan utama

Honda HR-V terkeluar... Subaru XV STI mula mengambil tempat.

Pandu uji Honda HR-V sekali lagi

  1. Pagi semalam kami hantar Mak Long Ili ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
  2. Dia naiki pesawat MAS ke Kota Bharu, bersama anak sulungnya, Amar.
  3. Usai urusan menghantar mereka ke Balai Berlepas, dan sesudah membayar lapan ringgit lebih untuk parking selama sejam lebih, kami kehilangan arah tuju.
  4. Master membawa kami melalui Charterfield Town dan kemudian kami tersilap masuk ke hotel Concorde. Apalah pelik benar bulatan di sana yang simpangnya terus ke dalam kawasan hotel.
  5. Kemudian kami membelah Labohan Dagang terus ke Bandar Baru Nilai, dengan tujuan memandu uji sekali lagi HR-V di Honda Nilai. Malangnya apabila kami sampai di sana, HR-V pandu uji tidak nampak kelibatnya.
  6. Setelah bertanya kepada ejen penjual di situ yang kelihatan agak berat menjawab, kami dapat tahu bahawa kereta pandu uji HR-V itu berada di Tesco Nilai untuk satu majlis promosi Honda.
  7. Majlis itu agak meriah, di mana semua produk berkaitan Honda ada dipamerkan. Setelah mendaftar dan menebus rantai kunci Honda, Master mendaftar namanya untuk pandu uji HR-V pula.
  8. Ini adalah pandu uji kedua, di mana dalam pandu uji pertama di Honda Kuala Selangor, Master tak dapat feel memandu kereta Honda ketika memandu HR-V. Memandangkan HR-V ini adalah pilihan yang pertama, beliau cuba pandu uji sekali lagi, manalah tahu kalau pengalaman pertama itu tidak benar.
  9. Tapi setelah memandu uji HRV itu, perasaannya sama iaitu HRV itu tidak seronok semasa memecut, semasa membrek, dan selepas saja Master memandunya, Master berasa sedikit pening.

Setelah HR-V, Subaru XV pula...

Pandu uji Honda HR-V di Teso Nilai. Pandu uji Subaru XV STI di Subaru Seremban.
 
  1. Keputusan pandu uji yang tidak memberangsangkan itu membuatkan Mommy menggesa Master untuk pandu uji Subaru XV pula.
  2. Untuk pandu uji Subaru XV, kami perlu ke Subaru Seremban. Perjalanan ke sana memakan masa 30 minit dari Nilai di mana kami ambil exit ke Port Dickson.
  3. Bangunan Subaru Seremban terletak bersebelahan Isuzu, agak sukar diperasan, menyebabkan kami berpusing-pusing beberapa kali.
  4. Nasib baik ada event di Subaru Seremban, jadi kami dapat pandu uji Subaru XV STI yang telah sedia walaupun kami sampai pada jam 6 petang.

Pandangan tentang Subaru XV STI

  1. Pandu uji Subaru XV STI memang seronok kerana kecekapan enjinnya memang dahsyat.
  2. Daya brek yang hebat tapi tidak terhenjut-henjut macam HR-V.
  3. Daya pecutan memang terasa berbanding HR-V yang agak perlahan memecut.
  4. Penumpang tidak terbuai-buai walaupun  langgar bumper jalan.
  5. Namun secara jujurnya pengemudian Mazda CX5 lebih ringan berbanding Subaru XV STI, namun penjual berkata, ia untuk tindak balas kemudian yang lebih cepat.
  6. Hiasan dalaman agak kurang menarik, macam ruang dalaman Proton, tapi agak lebih baik berbanding Honda HR-V.
  7. Tempat duduk penumpang hadapan pula tidak dapat dibaringkan ke depan sepenuhnya, jika mahu diisi barangan panjang seperti Honda HR-V.
  8. Kali ini Mommy turut pandu uji kereta Subaru XV STI tersebut, memberi bayangan bahawa Subaru XV yang bakal dibeli nanti....

Keputusan akan dibuat nanti...

  1. Baiklah, setelah menilik dan membelek kesemua jenis Subaru XV yang ada di sana iaitu XV Premium, XV Sport, XV STI, dan yang terbaru XV i-P 2016, kami mengunudur diri
  2. Harga yang ditawarkan sangat kompetitif, jadi tidak hairanlah XV semakin memenuhi jalanraya Malaysia.
  3. Tempahan pula hanya akan dikenakan bayaran RM 100 (seratus ringgit sahaja).
  4. Adakah kereta ini yang akan dipilih Mommy, kita tengok sajalah nanti.

Kiriman ini pertama kali dikirim pada 14 Mac 2016.

Ulasan

Kiriman Berkaitan