Restoran yang terletak di Bandariang, Gerik ini merupakan kedai makan pertama kami temui selepas menembusi Lebuhraya Timur Barat pada tengah malam.


  • Kehadirannya membawa berita gembira setelah berjam-jam (2 jam lebih) menempuhi Lebuhraya Timur Barat yang gelap gelita dan tiada hentian rehat.
  • Ketika ini kami dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Sepang.


Restoran Naimah Adik Beradik
KM 5.2 Jalan Raya Timur Barat, Bandariang, Gerik, Perak, Malaysia.

Kelihatan banyak kereta berhenti di sini menandakan kedudukan kedai makan ini amat strategik bagi pengguna Lebuhraya Timur Barat.