Langkau ke kandungan utama

Menari... meminta... yong tau foo


Hari ini satu kelas sibuk menari.

  • Sebabnya hari Sabtu nanti sekolah kami ada persembahan sempena Hari Sekolah.
  • Kelas Tedi buat lakonan drama hantu dan ada sedikit tarian.
  • Letih jugalah nak menari, kelam-kabut kami semuanya.
  • Pada esok hari, kami nak kena buat raptai persembahan di hadapan ahli jawatankuasa Hari Sekolah, di mana semua kelas terlibat.

Hari ini Tedi keletihan

Gambar seekor patung beruang Teddy terbaring atas lantai.

 

  • Kelam-kabut selain menghadiri latihan tarian, Tedi kena juga siapkan kerja sekolah.
  • Tadi ada isu baru pula apabila Kelas 7 memaklumkan bahawa kami tak boleh gunakan FTP, kena tukar kepada sFTP.
  • Lebih malang lagi apabila pustaka yang Tedi gunakan selama ini tampak tidak menyokong sFTP.
  • Puas Tedi cari pustaka baru namun semuanya kena beli.
  • Jadi Tedi menguar-uarkan kepada satu kelas meminta bantuan mereka jika mereka ada pustaka yang sesuai dengan kerja sekolah Tedi itu.
  • Esok Tedi akan berdiskusi dengan mereka dan semoga kerja Tedi siap esok.

Bang, dua ringgit bang...

Gambar duit RM 2 (dua Ringgit Malaysia sahaja)

 

Gambar duit RM 2 (dua Ringgit Malaysia sahaja)
 
  • Jam 2 (dua) petang, Tedi sertai Master pergi makan tengahari di kawasan rumah pangsa di belakang Angkasapuri.
  • Semasa tunggu pesanan Master dan kawan-kawannya sampai, tiba-tiba sahaja ada seorang pemuda datang.
  • "Bang, dua ringgit bang... nak makan... lapar"
  • Kami tengok pemuda itu macam okay sahaja fizikalnya.
  • Kawan Master sedekah seringgit, sebelum Tedi melihat pemuda itu beredar dan memperolehi beberapa ringgit lagi daripada manusia yang lalu-lalang.
  • Master mengisi perutnya dengan Nasi Kerabu Daging, manakala kawan-kawannya ada yang makan Nasi Ayam dan Nasi Campur.
  • Tedi hanya menelan air liur...

Merayau di Pasar Malam Pantai Dalam

 
  • Balik sahaja dari sekolah, kami singgah di Pasar Malam Pantai Dalam kerana Mommy nak cari yong tau fu.
  • Semasa menunggu pesanan kami siap ada seorang pakcik buta datang nak membeli Yong Tau Fu juga.
  • "Kuih apa ni dik?"
  • "Yong Tau Fu, pakcik"
  • "Bagi lima ringgit", pesan pakcik tu sambil mengira duit seringgit-seringgit di tangannya. Macam mana dia kenal duit seringgit tu, itu kelebihan dia.
  • Berbanding pemuda yang Master dan kawan-kawannya jumpa siang tadi, pakcik itu tidak meminta dan hanya menunggu pesanannya siap.
  • Peniaga itu juga Tedi lihat menyediakan Yong Tau Fu yang Tedi kira lebih daripada Lima Ringgit Malaysia nilainya untuk pakcik tu.
 
  • Begitulah dua rupa manusia yang memerlukan, satu meminta-minta manakala satu lagi menyembunyikan kehendaknya, seperti apa yang diajar kepada kita oleh Allah dan Rasul-Nya. Kedua-duanya Rasulullah layan dengan baik. Sama juga buat kita, jika tak memberi tetapi kita beradab kepada mereka, adalah lebih baik daripada kita memberi tetapi duk mengungkit sehingga mencalarkan perasaan mereka.
  • Jam 10.00 malam baru bergerak balik.
  • Sampai rumah terus Tedi terlelap, sebab tu Tedi terjaga masa ni... hehe...
  • Yong tau fu tu Tedi tak sempat makan lagi.
 
Ermm.. ini bukan cerita hari ni dah ni... ini cerita semalam...

20141030

Ulasan

  1. Yong tau fu sedap dan makanan sihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap dimakan tu Tedi setuju. Tapi bab sihat tu Tedi tak pastilah. Kalau menjadikan Tedi tembam tu dikira menyihatkan, Tedi sangat setuju... Hehe...

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Kiriman Berkaitan