بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ


Misteri Planet Marikh:
Adakah Curiosity rover NASA benar-benar merakamkan imej seekor tikus di permukaan Planet Merah, atau adakah ia sekadar ilusi optik batu batan? Ikuti kupasan penuh misteri ini.

Penemuan "Tikus Angkasa" oleh Curiosity

Curiosity rover milik NASA telah merakamkan pemandangan debu-debu oren, permukaan berbatu dan yang menarik ialah gambaran menyerupai seekor tikus di Planet Marikh.

# Ilustrasi: Pemandangan permukaan Marikh yang dirakam oleh NASA Curiosity Rover.

"Perhatikan warna lebih cerah atas dan bawah kelopak mata, hidung dan kawasan pipi, telinganya, kaki depan dan perut. Kelihatan seperti tupai menyamar dalam persekitaran batu-batu dan pasir menggunakan warna-warnanya," - ScottCWaring, UFO Sightings Daily.

↑ Kembali ke Kandungan


Teori Pareidolia (Ilusi Batu)

Ada pihak yang menegaskan bahawa persamaan dalam warna dan kedudukan bermakna ia mungkin hanya batu, menunjuk kepada fenomena psikologi yang dikenali sebagai **pareidolia**, kecenderungan untuk memilih wajah-wajah daripada objek-objek dan struktur-struktur harian.

Timbunan pasir dan debu yang ditiup angin ke bawah daripada sekelompok batu hitam menandakan tapak "Rocknest", di mana "tikus angkasa" kelihatan (NASA/JPL-Caltech/MSSS)

Fokus dekat pada "Rocknest"; hanya timbunan batu di kiri-bawah. (NASA/JPL-Caltech/MSSS)

Fokus lebih dekat pada "Rocknest" menunjukkan "tikus" dapat dilihat di sebelah kiri atas. (NASA / JPL-Caltech / MSSS)

↑ Kembali ke Kandungan


Kupasan & Teori Kaum Tikus oleh Tedi

"Jika benar apa yang dikatakan itu, maka kaum Tikus lebih advance daripada manusia! Bukan sahaja mereka mendiami Pulau Tikus, tetapi mereka telah terlebih awal menginap di Marikh! Ini membuktikan kemajuan teknologi kaum Tikus tidak boleh lagi dipandang mudah. Kaedah-kaedah zaman dinosaur yang digunakan untuk menangkap dan menghapuskan Tikus selama ini perlu dikaji semula agar dunia tidak dikuasai mereka!" - Tedi yang comel.

↑ Kembali ke Kandungan


Sumber Rujukan Berita

Rujukan Tedi untuk kiriman "Tikus dijumpai di Marikh?":

↑ Kembali ke Kandungan


Tarikh Asal: 20130531 | Kemaskini: 20260303 23:32