بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


[Kandungan]

  1. Senarai Peribahasa
    1. Berbenak ke empu kaki
    2. Seperti kelekatu masuk api
  2. Definisi perkataan "peduli" daripada Kamus Dewan Edisi Keempat
  3. Definisi perkataan "peduli" daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua

Berbenak ke empu kaki

  • Maksud peribahasa: Tidak peduli baik atau jahat.
  • Maksud "empu kaki": ibu jari kaki (Kamus Dewan Edisi Keempat)
  • berbenak: berotak
Peribahasa ini dalam ayat lain mengatakan meletakkan akal di kaki atau bahasa kerasnya tidak berfikir. Sesuai digunakan kepada mereka yang menerima tiap sesuatu tanpa fikir baik dan buruk.

Seperti kelekatu masuk api

Tiada peduli akan bahaya maut

[Kandungan]


Definisi perkataan "peduli" daripada Kamus Dewan Edisi Keempat

  1. menghiraukan, meng­ambil perhatian akan, endah akan:
    1. dia sedar ramai orang memerhatikannya tetapi dia tidak peduli.
    2. Peduli apa dengan benda-benda yang tidak menguntungkan.
  2. ambil peduli
    1. mengendahkan;
    2. turut campur (hal orang lain);
  3. mempedulikan
    1. mengambil perhatian akan, mengendahkan:
      1. Nasihat kawan-kawannya tidak dipedulikannya.
    2. turut campur (dalam hal orang dan lain-lain)
      1. Aku memang tak mahu mempedulikan hal orang lain.
  4. kepedulian
    1. perihal atau sikap ambil peduli (ter­hadap seseorang atau sesuatu), perhatian, ke­prihatinan:
      1. badan korporat turut memperlihatkan kepedulian yang besar apabila mereka turut menganjurkan teater atau apa jua acara kebudayaan.

[Kandungan]


Definisi perkataan "peduli" daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua

  1. menaruh minat atau perhatian terhadap sesuatu:
    1. Dia tidak peduli akan nasihat orang tuanya.
  2. mempedulikan
    1. maksud:
      1. memberikan perhatian terhadap;
      2. menghiraukan;
      3. mengendahkan
    2. contoh ayat: Setelah masuk ke lubang, penyu itu tidak mempedulikan apa-apa lagi.

[Kandungan]


~20240214~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih