Langkau ke kandungan utama

Muzium Laman Padi di Pulau Langkawi di Kedah di Malaysia

Singgah ke Muzium Laman Padi Langkawi merupakan satu lawatan yang tidak dirancang. Tiba-tiba sahaja terjumpa Muzium Laman Padi ni selepas kami bersarapan.

  • Tetapi lawatan ke muzium ini merupakan satu persinggahan yang amat menarik.
  • Di sinilah kita boleh belajar apa-apa tentang padi, dan suasana sawah padi tradisi di Malaysia.
  • Muzium Laman Padi Langkawi ni walaupun menarik namun nampak macam kurang terjaga. Lumrah di Malaysia tempat percuma dan tidak menarik minat rakyat Malaysia, agak sukar untuk menjaganya.
Deretan teksi yang sedang menunggu penumpang di hadapan Muzium Laman Padi Langkawi. Tempat letak kereta agak terhad dan kereta kami akhirnya dihalangi oleh gerai menjual char kuew tiaw ketika pulang kerana selalunya pelawat tidak meletak kereta dalam tempoh masa yang lama. Tapi kami melawat muzium kan? Mesti banyak benda untuk dibaca kan? Nasib baiklah peniaga itu peramah dan baru buka kedai, maka dia membantu kami untuk keluar dari sana.
# Thursday, 31 January 2019, 11:15 # 20190131-langkawi (37).JPG # Kamera digital SONY ILCE-5000 #

Disambut Jambatan Batu

Jambatan yang akan menyambut para pelancong ke Laman Padi Langkawi. Jambatan batu ini menyeberangi sawah padi.
# Label: Laman Padi Langkawi. Pejabat, Surau, Galeri Padi, Galeri Warisan, Tandas. Geopark.
# Thursday, 31 January 2019, 11:15 # 20190131-langkawi (38).JPG # SONY ILCE-5000 #

Galeri Padi

Selain disambut oleh pemandangan yang hijau saujana mata memandang, ketibaan kami turut disambut oleh bangunan Galeri Padi. Kami memutuskan untuk melawat bangunan ini kemudian. Kami mahu berjalan di luar dahulu sementara suhu masih belum terlalu panas.

Bangunan Galeri Padi yang mempamerkan banyak peralatan atau maklumat berkaitan penanaman padi di Malaysia amnya dan Kedah khususnya. Kedah dikenali sebagai Jelapang Padi Negara kerana banyak sawah di Kedah, jadi memang relevant galeri ini diwujudkan.
# Thursday, 31 January 2019, 11:20 # 20190131-langkawi (43).JPG # Kamera SONY ILCE-5000 # Muzium Laman Padi, Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah #
Beberapa lukisan mural di sekitar Muzium Laman Padi yang menggambarkan aktiviti berkaitan dengan penanaman padi di Malaysia, bermula dari kiri gambar orang membantai padi iaitu untuk meleraikan padi daripada tangkai, kedua gambar orang menumbuk padi untuk dijadikan tepung, dan ketiga ialah gambar orang menangkap ikan menggunakan peralatan tradisi yang dipanggil bubu.
# Khamis, 31 Januari 2019, 11:23 # 20190131-langkawi (53).JPG # kamera SONY ILCE-5000 # Muzium Laman Padi Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia #

 

Orang-orang

Cikgu Bahasa Melayu selalu pesan, jangan gunakan perkataan "orang-orang" untuk menunjukkan ramai orang, sebaliknya gunakan penjodoh bilangan. Tetapi jika kawan-kawan tak tahu, orang-orang adalah satu nama khusus untuk patung yang digunakan untuk menakutkan burung-burung yang mungkin memakan padi.

Tedi tak tahulah bagaimana berkesannya penggunaan orang-orang ni, tapi kalau tak berkesan pun, ia tampak memeriahkan suasana sawah padi.

Deretan patung yang dipanggil sebagai orang-orang selalunya dibuat daripada jerami padi dan bahan-bahan kitar semula. Fungsi orang-orang adalah untuk menghalau burung-burung dari mendekati padi.
# Thursday, 31 January 2019, 11:25 # 20190131-langkawi (56).JPG # SONY ILCE-5000 # 7PXC+9X Langkawi, Kedah #

 

Kerbau Ditambat di Sawah Padi

Kerbau dan sawah padi memang sinonim. Kita akan dapat melihat fungsi kerbau di sawah padi dalam gambar seterusnya. Ini adalah peluang yang baik untuk penduduk kota dan generasi muda mengenali haiwan yang semakin sukar untuk ditemui di depan mata sebegini.

Gambar seekor kerbau ditambat di kawasan sawah padi di Muzium Laman Padi Langkawi.
# Thursday, 31 January 2019, 11:27 # 20190131-langkawi (57)-EFFECTS # SONY ILCE-5000 # Muzium Laman Padi, Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah #

Itik Mandi-manda

Bukan sahaja kerbau, itik pun ada di Muzium Laman Padi ni, maklum sahajalah di sini ada sawah, ada air, maka adalah tempat untuk itik berehat mengisi masa lapang dan mengisi perut yang kelaparan.
# Thursday, 31 January 2019, 11:30 # 20190131-langkawi (60).JPG # Kamera DSLR SONY ILCE-5000 #

Tong Pukul Padi, Tangga, dan Layar

Tedi tak tahu apa benda ni? Mungkin kepuk padi? Tedi tahu pesawah membantai padi di sini. Membantai padi adalah aktiviti memukul padi ke dalam bekas ni untuk meleraikan padi daripada tangkai. Pada zaman sekarang sudah ada jentera menuai padi jadi kaedah sebegini tidak digunakan lagi. Melalui carian Google nama alat ini ialah Tong Pukul Padi, Tangga dan Layar.
# Thursday, 31 January 2019, 11:35 # 20190131-langkawi (71).JPG # SONY ILCE-5000 # Muzium Laman Padi, Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia #

Peralatan dalam Kehidupan Pesawah

Mungkin kawan-kawan sedang keliru apa kaitan barang-barang ini dengan penanaman padi? Begitu jugalah Aina yang keliru melihatkan kesemua barangan ini.
Ini adalah barang-barang yang menunjukkan aktiviti penanam padi pada masa lapang mereka. Ada beberapa alat menangkap ikan, sangkar burung, congkak, kompang sebagai alat muzik, tepak sirih lambang jamuan utama ketika tetamu datang ke rumah, sepak raga (sepak takraw), menenun kain, nyiru sebagai alat menampi, tempayan sebagai tempat simpanan air, tikar diperbuat daripada mengkuang, dan sangkak untuk kurung ayam. Sebenarnya semua alatan ini sinonim dengan kehidupan Melayu tradisional dan tidak terhad kepada pesawah sahaja.
# Thursday, 31 January 2019, 12:41 # 20190131 # 20190131-langkawi (89).JPG # SONY ILCE-5000 # Muzium Laman Padi, Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia # 7PXC+9X Langkawi, Kedah #

 

Sisir (kayu)

Aina sedang memerhatikan sejenis alat membajak tanah sawah yang dipanggil Sisir. Ia diperbuat daripada kayu dan ditambat di belakang kerbau yang akan menariknya sementara ada seorang manusia yang akan berdiri di atas Sisir ini untuk memberikan daya beban ke atas tanah. Hanya sesuai untuk tanah sawah yang berlumpur. Pada zaman ini sudah ada jentera untuk membajak sawah. Perkataan sisir adalah sinonim dengan sikat maka tidak hairanlah alat ini serupa macam sikat rambut manusia. Mungkin Aina sedang berfikir kenapa sikat ni besar sangat?
# Thursday, 31 January 2019, 12:42 # 20190131-langkawi (90).JPG # kamera SONY ILCE-5000 # Muzium Laman Padi, Langkawi, Kedah, Malaysia #

Sampan Pengangkut Semai

Sampan bagi Tedi adalah sama dengan perahu. Kalau tak kenal juga, bolehlah dipanggil bot kecil pada zaman ini, tentunya tanpa enjin. Kalau pernah tengok orang menanam padi di sawah mungkin kawan-kawan pernah nampak ada sampan di sebelah mereka, padahal mereka tak naik pun sampan tu dan berdiri dalam lumpur setinggi lutut. Apa gunanya sampan tu kalau tak dinaiki? Penjelasannya pada gambar di bawah.

Gambar Sampan Pengangkut Semai - sampan yang digunakan untuk mengangkut semai dari tapak semaian ke petak sawah sebelum menanam (padi). Semai dilonggok ke dalam sampan dan kemudiannya ditarik ke petak tertentu. Digunakan dengan meluas di kawasan air dalam. Pada masa menuai, kadangkala sampan ini digunakan untuk mengangkut padi ke darat.
Sampan Pengangkut Semai - digunakan untuk mengangkut semai dari tapak semaian ke petak sawah sebelum menanam (padi). Semai dilonggok ke dalam sampan dan kemudiannya ditarik ke petak tertentu. Digunakan dengan meluas di kawasan air dalam. Pada masa menuai, kadangkala sampan ini digunakan untuk mengangkut padi ke darat.
# Thursday, 31 January 2019, 12:44 # 20190131-langkawi (91).JPG # kamera SONY ILCE-5000 # Muzium Laman Padi, Langkawi, Kedah, Malaysia #

 


Kerbau Membajak Sawah disertai Burung Bangau

Pada zaman dahulukala sebelum jentera wujud, manusia menggunakan kerbau untuk membajak sawah padi.

Aina teruja bergambar dengan latar belakang dua ekor kerbau membajak sawah. Ada juga seekor burung di situ. Tedi tak pasti burung apa? Mungkin burung bangau yang sinonim dengan kerbau.
# Thursday, 31 January 2019, 12:51 # 20190131-langkawi (106).JPG # SONY ILCE-5000 # Muzium Laman Padi Langkawi # 7PXC+9X Langkawi, Kedah #

 

Ulasan

Kiriman Berkaitan