Mencari Harta Karun di Melaka

  • Jam 4:30 pagi 13 september 2019 nanti Master akan terpaksa bergerak ke Bangsar South kerana Master perlu berada di pejabat jam 6 pagi.
  • Tujuan utama bergerak dari rumah pada jam 4:30 pagi tu adalah untuk keluar kariah sebelum Subuh untuk mendapatkan pengecualian solat Jumaat kerana bermusafir. 
  • Beliau akan menyertai satu pencarian harta karun menaiki kereta Viva bersama kawan sepejabatnya.
  • Pencarian harta karun tersebut akan bermula dari Bangsar South (Kampung Kerinchi) dan berakhir di Jonker Walk di Melaka.
  • Mereka perlu menyelesaikan soalan atau panduan menggunakan aplikasi Goose Chase.

Tema Denim Biru

  • Pada waktu malamnya pula ada majlis makan malam bertemakan denim biru.
  • Nasib baik Master ada baju denim tersebut dan dipadankan dengan mana-mana seluar jeans yang selalu dipakai ke pejabatnya.
  • Aktiviti bina pasukan pejabat Master ni akan berlangsung selama sehari setengah sahaja di Hotel DoubleTree by Hilton Melaka.