Izinkan Tedi berangan untuk memiliki sebuah syarikat, dan syarikat itu tentulah memerlukan satu nama yang unik dan mudah difahami orang.

Mungkin nama syarikat yang unik adalah salah satu faktor untuk menjadi satu nama syarikat yang menarik?

Dalam kelas kemahiran hidup dahulu Tedi dan kawan-kawan telah memilih nama Hijau Makmur Sdn Bhd untuk mewakili nama syarikat kami jika kami terlibat dalam industri hiasan landskap. Logo yang kami pilih adalah gabungan huruf HM yang kami bentukkan H sebagai pohon merimbun dan M sebagai rumput di perdu pokok tersebut.

Namun kini nama Hijau Makmur itu mungkin sudah tidak gah.

Kenapa nama syarikat perlu unik?

Nama syarikat yang unik menjadikan perniagaan kita akan mudah dikenali dan diingati oleh pelanggan juga bakal pelanggan. Nama syarikat yang unik menjadikan kita lebih menonjol berbanding pesaing sekaligus menarik perhatian pelanggan apabila mereka mencari pembekal.

Menghasilkan nama syarikat yang unik memerlukan perancangan dan apabila kita berjaya dapatkan nama syarikat yang unik, kita boleh mula menjual nama syarikat kita.

Senarai Nama Syarikat Unik

Apakah contoh nama syarikat yang unik yang bermain di benak kepala Tedi sekarang?

  1. Athletiqu – kedai peralatan sukan
  2. Boutiqo / Boutiqu – kedai butik pakaian
  3. Colorqo – kedai cat
  4. Fabrexa, Faabric – nama syarikat jual kain atau pakaian
  5. Kerepek Treats - Syarikat jual kerepek
  6. KomputEvo – kedai komputer
  7. MamaMeow – kedai kucing
  8. Momley – kedai untuk ibu
  9. PicturU - nama syarikat fotografi.
  10. Tiketotai – kedai jual tiket

Tetapi nama yang unik boleh juga diperolehi daripada nama kita sendiri.

Nama InterpretZZ sebenarnya adalah hasil gabungan perkataan interpretasi dan nama Master iaitu pemilik pertama blog ini sebelum diserahkan kepada Tedi.

Bagaimana Cari Nama Menarik untuk Syarikat?

  1. Fahami perniagaan syarikat - boleh menjawab soalan seperti apa perniagaan syarikat? apa produk yang dijual? apa perkhidmatan yang disediakan? siapa sasaran?
  2. Kata kunci - setelah kenali syarikat anda, pilih kata kunci yang memberitahu apakah syarikat anda? Jika syarikat pengurusan boleh pilih perkataan seperti "urus". Jika syarikat melibatkan perkahwinan boleh mula dengan perkataan "kahwin".
  3. Pilih gaya nama syarikat - bagaimana mahu dapatkan nama yang unik? Boleh gunakan panduan seperti sertakan nama pengasas syarikat (contoh Jalen, Jakel), gunakan satu perkataan sahaja, gantikan satu huruf pada perkataan, masukkan huruf tambahan pada perkataan, buang huruf pada perkataan, gabungkan dua atau lebih perkataan (Facebook, Bitcoin), gunakan kiasan, dan gunakan singkatan (contohnya PETRONAS, PROTON). Gunakan perkataan daripada bahasa asing (Suka Sukre), perkataan beritma (FireWire).
  4. Kisahkan cerita - setelah nama dipilih pastikan ia boleh menceritakan misi dan nilai syarikat. Jika tidak boleh cari nama lain.
  5. Daftar nama syarikat

13 Jun 2019 jam 11:10 malam.