Menurut satu laporan oleh Newcastle Chronicle, Newcastle United sedang mencuba untuk menyambung kontrak pengurus Rafa Benitez sebelum kontrak Rafa Benitez tamat pada penghujung bulan Jun nanti. Newcastle United menolak sebarang hubungan daripada pihak-pihak yang berminat untuk menggantikan Rafa Benitez sebagai satu tanda hormat kepada pengurus tersebut.

gambar Rafael Benitez pengurus Newcastle United

Laporan itu menyatakan bahawa hubungan terbaru adalah daripada bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann, tetapi Newcastle United kononnya telah menolak kerana mahukan Rafael Benitez menyambung kontrak beliau. Laporan Newcastle Chronicle itu hadir setelah France Football melaporkan hal yang sama.

Pengarah sukan Newcastle United, Lee Charnley dikhabarkan telah mencuba mendapatkan tandatangan Rafa Benitez sejak dua tahun lalu namun pengurus asal Sepanyol itu dilaporkan telah menolak sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun perbincangan mengenai sambungan kontrak Rafa Benitez itu telah dimulakan semula setelah Newcastle United mencecah mata ke-40 pada musim ini. Jumlah mata 40 adalah sasaran biasa untuk menjamin sesebuah pasukan kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Rafael Benitez dilaporkan telah meminta lebih kuasa ke atas perpindahan pemain dan mahukan jaminan sokongan kewangan untuk mendapatkan pemain yang beliau ingini.

Jika perbincangan ini tidak mencapai kata putus dan Benitez meninggalkan kelab Newcastle United, kononnya terdapat beberapa individu yang telah mengintai peluang mengisi tempat sebagai pengurus pasukan Newcastle United di antaranya Klinsmann, David Wagner, Bruno Genesio, dan Jorge Jesus.

Hubungan di antara Benitez dan orang atasannya tidak berapa baik, di mana faktor utamanya adalah kebakhilan Mike Ashley dalam menyokong usaha Rafa Benitez membeli pemain baru.

Walau apa pun, Benitez adalah aset utama Newcastle United dan jika Newcastle berjaya membuatkan beliau kekal mengurus The Magpies dalam Liga Kejuaraan, tidak mustahil pihak atasan Newcastle United akan menemui cara mengekalkan khidmat beliau untuk mencapai sasaran berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik pada masa depan.