Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

Pesta Makanan Thailand-Malaysia di KIP Mall Kota Warisan

Karangan kali ini akan menceritakan pengalaman Tedi sekeluarga terjah KIP Mall Kota Warisan pada 19 November 2017, iaitu hari Ahad yang lalu.Tujuan kami ke sana adalah untuk merasai pengalaman makan makanan Thailand di Festa Makanan Thailand Malaysia yang diadakan selama seminggu di sana. Tedi tak tahu nak cerita apa kerana Tedi ada projek lain perlu disiapkan, jadi Tedi biarkan sahaja foto-foto di bawah berbicara.Kambing Bakar atau Kambing GrillKambing Bakar pun mengganas di Pesta Makanan Thailand Malaysia tersebut.Aiskrim GulungMemang nampak sungguh kepakaran abang tersebut menggulung aiskrim, tetapi pada harga MYR5 atau MYR 6, macam mahal sangatlah pula.Thailand-Malaysia Food FestPesta Makanan Thailand Malaysia ini adalah sesi jelajah Food Street yang diadakan dengan tema Sekolah Jalanan.Ia memberi peluang kepada para peniaga untuk belajar praktik niaga di jalanan.Somtam dan Tom YamAis Cream Kelapa Original ThailandPelbagai Jenis KerabuOrang Thailand memang popular dengan pelbagai …

Aina di Mamakiddies Alam Nusantara

Kami pergi ke kenduri kahwin anak saudara Mummy di Shah Alam. Alang-alang ke sana, kami merayau sebentar ke kedai barangan bayi Mamakiddies di Shah Alam iaitu di tingkat 3 nombor 42, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor.Walaupun di tingkat 3, kedai barangan bayi Mamakiddies ni ada lif, jadi jangan risau terpaksa memanjat tangga. Siapa nak panjat tangga beli barang ya tak? Tedi pada mulanya agak gusar apabila tahu kedai barangan bayi Mamakiddies ni terletak di tingkat 3, mahu Tedi kena tolong Master angkat barang nanti, sebab siapa nak dukung Aina pula turun tangga? Itupun kalau dia nak didukung, selalunya kalau nampak tangga ni dia sibuk nak panjat tangga dan turun tangga sendiri.Kami tiba di kedai Mamakiddies ni pada jam 5 petang, nyaris-nyaris ia hampir ditutup. Jika dah tutup pasti Master akan dibebeli Mummy sebab singgah beli air botol 100 Plus, dan sebelum itu Master tolong baiki saluran sink di rumah Mak Su di seksyen 7 Shah Alam.Jika dah reze…

Kedai Dobi Layan Diri 24 jam De' Salju Laundry

Pandangan hadapan kedai dobi layan diri De' Salju Laundry sebuah kedai dobi di Wakaf Bharu. Latar BelakangDe' Salju Laundry (atau selalu ditaip De Salju Laundry) adalah sebuah kedai dobi layan diri di Wakaf Bharu.LokasiAlamat di laman web Google: Jalan Kasturi 1, Taman Kasturi, Kampung Belukar, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan.Alamat di papan tanda kedai: No. 3 Tingkat Bawah, PT496, Taman Kasturi, Mukim wakaf Delima, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan.Terletak di tepi jalan besar Wakaf Bharu - Pengkalan Kubur, di lot komersial selepas balai bomba Wakaf Bharu jika anda dari Wakaf Bharu menghala Cabang Empat. Kelihatan surau Nur Al-Muttaqqin Kampung Belukar-Kubang Batang dari kedai dobi layan diri De Salju' Laundry Di bawah ini adalah peta ke De' Salju Laundry:Masa OperasiKedai dobi De' Salju Laundry beroperasi 24 jam  dan dibuka setiap hari.Keistimewaan Sabun dan pelembut diberikan percuma dan dimasukkan secara automatik ke dalam mesin basuh. Pelanggan tidak perlu memasukkan sabun …

Master periksa mata, Mummy periksa perut di Hospital Putrajaya

Hari ini adalah hari temujanji pertama Master bersama pakar oftamologi di Hospital Putrajaya untuk tahun 2019. Harapnya adalah untuk yang terakhir.Kebetulan temujanji Master pada hari ini serentak dengan temujanji Mummy, cuma temujanji Master pada waktu pagi, manakala temujanji Mummy adalah pada waktu petang.Master bertolak dahulu ke Hospital Putrajaya dan sampai di tempat letak kereta pada jam 8:20 pagi lebih kurang. Ketibaan kami di tempat letak kereta Hospital Putrajaya disambut dengan kelibat belon udara panas yang berkonvoi terbang di sekitar Putrajaya.
# 28 Mac 2019 08:22 pagi Khamis # IMG_20190328_082222 20190328 201903 # Xiaomi Redmi Note 5A # Hospital Putrajaya # Jalan P9, Presint 7, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya Baru jam 8:26 pagi tapi dah ramai orang beratur nak ambil nombor giliran untuk mendaftar lawatan mereka.
# 28 Mac 2019 jam 08:26 pagi Khamis # IMG_20190328_082622 # Xiaomi Redmi Note 5A # Putrajaya Hospital Dah dapat nombor giliran, aiyak, nombor 2134 dan…

Temujanji Aina di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya sempena umur 2 tahun

Semalam (25 Mac 2019) merupakan hari yang kelihatan agak panjang dengan beberapa siri aktiviti yang kami lakukan.Temujanji Aina di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya.Master dan Mummy cuti untuk membawa Aina ke temujanjinya bersama doktor paedatrik di Hospital Putrajaya sempena umurnya kini 2 tahun.Doktor telah mengurangkan dos puff yang diperlu Aina ambil setiap hari daripada 2 puff sehari kepada sekali sehari. Sepatutnya doktor mungkin nak hapuskan terus penggunaan puff oren tersebut, tetapi kerana Aina ambil nebulizer pada 22 Jan 2019 lalu dan tiada diari asma yang direkodkan oleh kami menyebabkan doktor teruskan penggunaan puff oren itu.Doktor kata mungkin Aina tak perlukan nebulizer sebaliknya hanya perlukan puff biru, agak berlawanan dengan kata-kata doktor lain sebelum ini yang menyatakan puff biru tak berkesan ketika kahak.Mengawal Aina di hospital Putrajaya hari ini agak mudah dengan membawa dia bermain di bilik permainan kanak-kanak, yang susah nak berhentikan dia daripada b…

Tiba di Semporna di Sabah di Malaysia

Seperti kiriman Tedi bertajuk "Bergerak ke Semporna Sabah" yang lalu Tedi ada catatkan bahawa kami tiba di Semporna pada jam 11:45 pagi setelah 1 jam 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Tawau.Karangan ini akan fokus kepada gambar-gambar di Semporna ketika kami menanti menaiki bot ke Pulau Mabul, seperti:Gerbang Laluan ke Taman Marin Tun SakarangBerehat sebentar di Pejabat Ejen PelanconganJalan kaki cari makan di Pekan SempornaBerjalan Kaki ke JetiMenunggu bot ke Pulau Mabul di Jeti Awam SempornaGerbang Laluan ke Taman Marin Tun Sakarang Pulau Mabul hari 1
Gerbang laluan ke Taman Marin Tun Sakaran (Gateway to Tun Sakaran Marin Park)
# Gambar: kereta Perodua Kancil, van persiaran
# 11 April 2014 jam 11:49 pagi hari Jumaat
# 20140411-mabul (20) 20140411 201404
# Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah, Malaysia. Berehat sebentar di Pejabat Ejen PelanconganKami dibawa ke pejabat ejen pelancongan untuk meletakkan barang, berehat dalam bangunan berpendingin hawa, dan mengumpul maklum…

Bergerak ke Semporna

Kembara ke Pulau Mabul ini bermula apabila seorang kawan Master mengajak Master untuk mengikuti rombongan mereka.Seksyen:Terbang ke Lapangan Terbang Tawau | Bergerak ke Semporna dari Tawau | Tiba di SempornaMaster kemudiannya memaklumkannya kepada Mummy, dan Mummy memaklumkannya kepada Mak Ngah Umie yang kemudiannya memaklumkannya kepada kawan-kawan beliau. Hasilnya kami membentuk satu rombongan yang memerlukan 2 buah van untuk melancong ke Pulau Mabul di Sabah.Tak banyak gambar yang Tedi pernah kongsikan dalam interpretZZ tentang aktiviti kami di Mabul, salah satu gambar yang interpretZZ kongsikan adalah melalui kiriman bertajuk "Biarkan dia dengan besinnya", iaitu gambar anak Bajau Laut di sana.Terbang ke Lapangan Terbang TawauMemandangkan kami dari Semenanjung Malaysia tentulah kena terbang atau naik kapal untuk ke Sabah yang terletak di Kepulauan Borneo. Malangnya setakat ini gambar terawal Tedi temui adalah ketika kami dalam kapal terbang merentasi lautan biru saujana l…

Tukar Suis Sensor Undur Kereta Proton Persona Elegance

Lima hari setelah penggantian motor kipas radiator kereta Proton Persona Elegance, Master membawa kereta Proton Persona itu ke bengkel di Kosmopleks untuk periksa masalah sensor undur kereta Proton Persona itu tidak berbunyi.Selain itu Master juga mahu periksa masalah lampu belakang menyala sebelah, lampu brek belakang tidak menyala, dan lampu undur tidak menyala. Master pergi ke bengkel Zam di Kosmopleks, sebelum mekanik di bengkel Zam menasihati kami membawa kereta Proton Persona Elegance itu ke kedai aksesori kereta bernama Car Room Auto Part & Accessories.Setelah diperiksa didapati bahawa mentol-mentol lampu yang terjejas telah terbakar. Master agak musykil bagaimana boleh terbakar serentak? Master syak mekanik di JDMH Puncak Jalil yang punya angkara. Tetapi mekanik di kedai aksesori Car Room Auto Part & Accessories tu kata ini masalah biasa.Pemeriksaan ke atas sensor undur Proton Persona itu menunjukkan suis sensor undur sudah rosak. Ia boleh digantikan dengan harga RM 65

Subaru XV Malaysia 2012-2017 ada masalah suis brek.

Terkejut Tedi mendengar masalah terbaru yang melibatkan Subaru XV di Malaysia ini.Pada mulanya kedengaran masalah itu tidaklah sebesar mana kerana ia cuma masalah suis lampu brek. Tetapi ia juga akan mengganggu bahagian-bahagian dan fungsi lain Subaru XV.Ini yang leceh kalau guna kereta canggih ni, tahap kesulitan yang bakal ditempuhi untuk sesuatu kerosakan semakin meningkat.Kereta Subaru XV kami terlibat kerana ia keluaran tahun 2015. Mungkin tunggu sahajalah dulu dipanggil Motor Image.Subaru Corporation (Subaru) telah mengumumkan penarikan balik kenderaan keluarannya yang melibatkan model Forester tahun pengeluaran 2014-2016WRX (4-Pintu) tahun pengeluaran 2011-2014Imprezatahun pengeluaran 2008-2016 dan Subaru XV tahun pengeluaran 2012-2017 berikutan isu suis lampu brek.Subaru menasihatkan, gas silikon daripada produk pengguna tertentu boleh meresap melalui sarung suis lampu brek. Akibatnya, fungsi yang berkaitan dengan suis lampu brek (Lampu Brek, Penyambung Transmisi, Penyambu…

Tumbuhan beku 400-juta tahun kembali hidup.

Tumbuhan berusia 400-juta tahun dilaporkan kembali tumbuh di dalam makmal

Komen Tedi: Tunggu nanti kalau2 ada manusia purba pula kembali hidup, masa itu baru la manusia nak akui kebenaran kisah Ashabul-Kahfi (sahabat gua). Mei 29, 2013

Bagaimana kalahkan formasi 4-2-4

Formasi adalah bermaksud bentuk susunan. Karangan ini adalah tentang formasi pemain dalam sukan bola sepak. Formasi pemain bola sepak merupakan satu daripada sisi penting dalam mengatur taktik perlawanan. Penggunaan formasi bola sepak yang betul akan membantu pasukan bola sepak mengawal perlawanan.Formasi bola sepak yang Tedi fokus kali ini ialah formasi 4-2-4.Pengenalan kepada formasi 4-2-4 Formasi 4-2-4 adalah formasi yang agak memeningkan kepala Tedi ketika menentangnya. Formasi ini selalunya digunakan oleh pasukan yang hebat bahagian pertahanannya sehinggakan mereka sanggup untuk bertahan dengan hanya 2 atau 3 orang pertahanan ketika menyerang.Secara asasnya formasi 4-2-4 menggunakan 4 pemain pertahanan, 2 pemain tengah, 2 pemain sayap, dan 2 penyerang. Kekurangan pemain tengah pada formasi 4-2-4 menunjukkan mereka yang menggunakan formasi ini mahu menggunakan serangan sayap untuk menarik pertahanan ke tepi dan membuat hantaran ke tengah. Oleh itu mempunyai pemain sayap yang laju a…

Kiriman Berkaitan