gambar nasi arab sos menu Balqis Restaurant Putrajaya Precint 8

22 Mei 2018, Presint 8, Putrajaya.

Selepas sahaja kami membeli-belah barangan bayi untuk Nor Aina di Manjaku Baby Mall Putrajaya, kami ke Presint 8 untuk cari kedai makan atau restoran untuk berbuka puasa.

Mommy cadangkan makan di Balqis Restaurant. Mommy kata di restoran tersebut ada nasi arab.

Memandangkan kami tidak biasa di Presint 8, kami berpusing-pusing jugalah di sekitar Ayer@8 tu. Tujuan utama adalah nak cari surau. Mula-mula kami tanya security guard tapi hampas sungguh kerana mereka tak fasih Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Tak tahulah mereka upah syarikat mana untuk sediakan khidmat kawalan keselamatan di sana.

Akhirnya dengan bantuan seorang pakcik di luar sebuah kedai, Master dapat juga mencari surau yang jika ikut panduan Pakcik tu berbunyi, dari Marrybrown nampak Omar Ali, dan di belakang Omar Ali tu ada tangga naik ke surau. Master pada mulanya tak faham kerana Master cuma tahu Omar dan Hana, tak pernah pula dengar nama Omar Ali.

Buffet Ramadhan di Balqis Restaurant Presint 8 Putrajaya

 Di Balqis Restaurant ada buffet berbuaka puasa sempena bulan Ramadhan ni. Harga dalam RM 80 bagi seorang dewasa.

Tapi kami tak mahu makan buffet buka puasa, sebaliknya kami nak makan ala carte. Dapur ala carte buka pada jam 8:45 malam, memandangkan kami tiba awal sejurus je selepas menunaikan solat Maghrib, staff Balqis Restaurant tu bagi kami masuk dahulu dan tunggu di dalam.

Makan Nasi Arab... sedap

gambar nasi arab Restoran Balqis

Memang berbaloi makan Nasi Arab di sini, rasanya sedap, macam ada rasa mentega tapi tak hapak atau mual macam masakan yang kebiasaannya guna mentega.

Rasa nasinya mungkin lebih sedap berbanding nasi arab di Restoran Saba Cyberjaya.

Tedi tak pasti pula apa nama nasi arab yang Tedi makan ni tapi memang sedaplah.

Tiga sos Balqis Restaurant... sedap

gambar sos sambal tiga bersaudara nasi arab Balqis Restaurant Putrajaya

Dekat Balqis Restaurant ni dia ada bagi satu set 3 jenis sos. Tedi panggil je sos, sebenarnya macam sambal. Biasalah sambal restoran timur tengah ni, sambalnya banyak bawang atau tomato dan tak pedas macam sambal Melayu.

Daripada 3 jenis sambal tu, Tedi paling suka yang agak oren tu, rasanya macam bawang putih. Yang lagi satu rasanya lebih ke-tomato-an, manakala yang lagi satu tu Tedi tak dapat nak detect rasanya macam apa.

 

Air Coklat Tak Sedap

gambar air coklat panas hot chocolate Balqis Restaurant

Master tempah air coklat panas tapi dia rasa menyesal sebab tak sedap, sedap lagi air coklat Hospital Putrajaya.

Mommy tempah air kopi sejuk nampak macam sedap.

Kalau kawan-kawan nak minum di sini bolehlah tempah air lain ya memandangkan banyak sahaja pilihan air yang menggiurkan yang terdapat di Balqis Restaurant ni.

Balqis Restaurant Ayer 8 Putrajaya Menu

 

Kerja Kosong di Balqis Restaurant

 Peluang baik kepada mereka yang berminat untuk bekerja dalam industri restoran di mana Balqis Restaurant mempunyai kerja kosong untuk jawatan-jawatan seperti pelayan restoran lelaki dan wanita, kakitangan dapur, kakitangan penghantaran.

Anda boleh telefon Balqis Restaurant atau whatsapp melalui nombor 013-3555996.

Anda boleh hadir terus (walk in) ke Balqis Restaurant atau hubungi mereka dahulu untuk temuduga.

Peta lokasi Balqis Restaurant

Disertakan peta lokasi di mana Balqis Restaurant berada.

Tanda Pagar

restoran kedai nasi arab di sekitar Putrajaya Cyberjaya selain Saba resepi mudah terletak di precint 8.

restoran nasi arab Balqis Ayer 8

Balqis Restaurant