Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Kekecamukan dalam perperangan, tetapkan tujuan!

Adus, sudah 3 hari terdampar longlai di medan peperangan...

Otakku amat kecamuk, tidak dapat ku ceritakan...Adakah aku terlalu memikirkan akan teori dan ideologi dalam pembangunan sistem ini?Kenapa tidak hanya, buat saja, asalkan jalan saja?Nanti jika projek ini tertunda, akan telinga ini mendengar, "jangan fikir sangat, jangan sibuk dan RnD, kena develop terus...",Tapi pada masa lain, mulut yang sama akan berkata, "kita kena design bebetul, kena pecah2kan antara kod, kena guna object oriented..."Pada satu masa, aku berfikir, "kod sahajalah, apa yang pengguna dan cikgu mahukan adalah sistem siap walau dengan apa cara sekalipun"Satu masa yag lain, terfikir, "erm, cara ini salah, kerana tidak mengikut teori"Satu masa yang lain, "tak perlu design complicated sangat, yang penting mudah untuk difahami kawan-kawan..."
Perperangan itu akan terus berlangsung sehingga masanya tamat...Dan Tedi perlu pantas memutuskan dan menerima realiti, "b…

Aduhai Sakinah

Kali ini memang Sakinah ini membuat kejutan dan perbuatannya kali ini membuatkan seisi rumah hingar... Terkejut Tedi melihat foto yang dikirim oleh Mak Ngah Zira tu.Dahsyat betul keadaan si Sakinah tu.Bapa Sakinah yang tiada di kampung turut terkejut melihat keadaan anaknya.
Tedi mati-matilah ingatkan Sakinah cedera parah, rupa-rupanya dia dah habiskan gincu neneknya...Kepada kaum ibu di luar sana, berhati-hatilah dan awasi anak perempuan anda, walau sekecil mana pun dia, kerana wanita dan gincu bibir berpisah tiada.

Ideologi - bukan mudah untuk dicanai

Sepanjang usia Tedi bergelumang dalam kelas pengkodan, Tedi banyak berorientasikan kepada Model Berasaskan Objek (MBO).

Jadi perkara pertama yang terlintas dalam benak fikiran Tedi apabila diminta mereka satu projek berasaskan web dan menggunakan bingkai kerja .Net, adalah ASP.Net MVC.Namun apabila memikirkan pengalaman Tedi yang mengalami kesukaran untuk membimbing kekawan menggunakan MVC ketika menggunakan bingkai kerja Java dulu, Tedi tak jadi menggunakannya.Jika kekawan yang sudah biasa dengan MBO pun sesak nafas menguasai MVC, apatah lagi dengan mereka yang sudah terbiasa dengan pengkodan berstruktur dan Pembangunan Aplikasi Deras (PAD) yang mengutamakan kepada kod di belakang elemen.Jadi Tedi bertukar arah memilih ASP.Net Webform 4.0.Namun kini Tedi pula yang kesesakan, kerana masih terikut dengan kaedah MVC, hasilnya bingkai kerja yang Tedi hasilkan untuk projek kali ini agak bercelaru, seperti diri Tedi sendiri.Mungkin kekawan mahu tahu apa itu MVC?MVC adalah satu bingkai kerj…

Telefon hilang? Google sajalah...

Dalam minggu ini Tedi membaca berita dari Singapura mengenai satu peningkatan pada enjin carian Google.
Ciri yang dimaksudkan adalah kemampuan Google Search untuk mencari di mana telefon pintar anda berada.Ciri ini oleh digunakan untuk telefon yang ada Google Apps.Tedi dah cuba pada telefon pintar berasaskan Android namun masih belum Tedi uji pada telefon pintar berasaskan iOS seperti iPhone.Untuk mencari telefon anda, cukup dengan menaip "Find my phone".Selain mecari kedudukan telefon, anda boleh juga membunyikan telefon anda selama 5 minit selain mengunci atau memadamkan fail-fail yang ada dalam telefon.

Badminton: Syarat Ketat Galas Cabaran Negara

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI pada 16/04/2015 (ikhsan.azmi@kosmo.com.my)KONSISTENSI akan menjadi kriteria utama pada sesi pemilihan pemain badminton untuk beraksi pada dua pertandi­ngan utama tahun ini iaitu Piala Sudirman di China dan temasya Sukan SEA 2015 di Singapura pada Mei dan Jun depan.Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen berkata, sesi pemilihan pemain yang dilakukan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam dan hari ini merupakan sebahagian daripada proses untuk mencari pemain-pemain yang terbaik. Jelasnya, antara kriteria lain yang akan turut menjadi perkara utama dalam proses pemilihan itu ialah konsistensi, prestasi semasa pada kejohanan-kejohanan yang disertai serta tahap kecergasan sebelum para pemain diberikan tanggungjawab untuk membawa cabaran negara.“Saya tidak boleh menjanjikan jika pemain ini menang semua perlawanan dan dia akan terpi­lih kerana ia sebahagian daripada proses. Kami akan lihat juga prestasi mereka di kej…

Mahathir versus Mahathir

Apakah yang Tedi cuba ungkitkan melalui tajuk di atas?
Tiada apa, cuma mahu "melekatkan" sekeping foto Mahathir cuba bersalam dengan gambar 3D beliau ketika merasmikan Muzium Seni 3D Langkawi bertarikh 7 Feb lalu.


LANGKAWI – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan Muzium 3D Art of Paradise Langkawi yang merupakan muzium seni tiga dimensi yang kedua terbesar di dunia. Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia. Muzium yang mendapat pengikitirafan sebagai muzium terbesar seumpamanya itu oleh Malaysian Book of Records mempamerkan lebih 100 buah lukisan besar tiga dimensi yang dihasilkan 23 orang pelukis pakar dari Korea dengan kerjasama pelukis tempatan. Bercakap kepada media selepas majlis itu…

Kiriman Berkaitan