Mommy pernah bawa Tedi sekali makan di Pepper Lunch

  • Pepper Lunch ini terletak di Medan Makan Midvalley yang di tingkat atas, tak ingat pula tingkat berapa.
  • Pepper Lunch menyediakan makanan tengahari ala Jepun yang pantas.
  • Cara penyediaannya ala-ala masak sizzling.
  • Contohnya Tedi ambil set nasi berlaukkan ikan tuna, mereka akan masukkan nasi sejemput ke dalam kuali panas, kemudian di sekitarnya diletakkan cebisan tuna sebelum ditambah sayuran dan lada hitam.
  • Kemudian dengan segera ia dihidangkan kepada pelanggan.
  • Pelanggan hanya perlu menggaulkan kesemua bahan-bahan itu sebelum makan.
  • Dari segi rasa, tidaklah hebat sangat sehingga menjilat jari, sedap lagi nasi goreng biasa di Medan Makan Cyberjaya.
  • Cuma apa yang Tedi kagumi adalah kecekapan penyediaan makanan orang Jepun yang tentunya diwarisi daripada ketabahan mereka memikat hati pelanggan.
  • Cuba kita bandingkan dengan gerai tampatan pada waktu puncak, seolah tiada strategi ampuh untuk menyediakan makanan dengan pantas!
  • Adakalanya mereka hanya pandai mengambil tempahan dengan cepat, tapi kemudian pelanggan terpaksa menunggu sambil menahan marah!
  • Dan selalunya mereka takkan kisah dengan kemarahan pelanggan lebih-lebih lagi apabila pelanggan memang tiada pilihan lain selain pergi ke kedai mereka.
  • Semoga budaya orang Jepun ini boleh dijadikan panduan oleh penyedia makanan di Malaysia.