• Naga adalah seekor binatang mitos, mungkin semua orang tahu itu.
  • Ia sama mitos macam Burung Garuda, Burung Pheonix, Unicorn, Ikan Duyung dan macam-macam lagi.
  • Ada naga yang digambarkan berbadan seperti ular dan ada yang berbadan seperti biawak, ada yang berkepak, ada yang tidak berkepak, tapi yang selalunya kedua-duanya boleh terbang dan boleh mengeluarkan api daripada hidung atau mulutnya.
  • 7 September 2014 - Tedi telah menemui beberapa ekor naga di Dataran Merdeka, tak sangka pula di Dataran Merdeka boleh bertemu si naga ini.
  • Tedi tak tahulah apa sejarah naga Dataran Merdeka ni sebab nampak gaya macam naga ni naga Eropah sedangkan rakyat Malaysia rakyat Asia.
  • Tak tahu jika ia adalah bawah pengaruh British atau tidak.
  • Dan tidak pula Tedi tahu jika ia telah lama wujud bersama Dataran Merdeka atau Bangunan Sultan Abdul Samad yang berdekatan.
  • Mungkin ia barang bersejarah atau cuma hiasan semata-mata...