Sana-sini duk heboh pasal harga petrol nak naik lagi.

Nota Kosong: Fakta mengenai RON 95 - Rakyat ditipu?

Tedi hanya menyepikan diri kerana itu bukan bidang pencapaian utama Tedi. Cukuplah Tedi aman damai bersama kucing, badak, Woolly Mammoth, gajah dan binatang-binatang lain.

Kenapalah rakyat Malaysia nak heboh sangat harga petrol RON 95 naik?

Bukankah itu adalah langkah kerajaan untuk mengangkat taraf hidup rakyat? Apabila kerajaan bagi kita guna petrol mahal, maka itu bermakna taraf hidup kita tinggi kerana gunakan barang mahal.

Apa kelas guna petrol murah!

Sepatutnya macam itulah kita berfikir. Bukan senang nak dapat guna barang mahal ni. Lebih-lebih lagi terpaksa guna. Tak dapat beg tangan mahal, cincin mahal, naik jet mahal, cukuplah bagi rakyat Malaysia merasa dapat guna minyak mahal.

Seperti kata omputeh, sharing is caring, kita semua sama-sama menggunakan minyak yang mahal, bezanya rakyat marhaen kebanyakannya tak dapat elaun kenderaan sebagaimana pemimpin mereka dapat, atau dalam bahasa lain pemimpin kita minyaknya ditaja... sedihnya ditaja oleh rakyat Malaysia sendiri.

Kan?

Rakyat Malaysia juga harus bersyukur kerana berapa sangatlah harga RON 95 yang berjumlah RM 2.10 seliter tu. Cuba tengok Perdana Menteri kita, pakcik Najib Razak, dia semestinya lagi terasa akan kenaikan itu sebab dia banyak naik jet pergi ke sana ke mari. Mesti lagi mahal harga minyak yang dia isi. Kesian dia, kan?
"Tedi, kapal terbang tak guna RON 95."
Shut up you!