Wow! Terngaga sekejap mulut Tedi hari ini.

Gol ke 1000 Pele?

Bukannya apa, tak sangka hari ini boleh mencecah 1000 paparan laman.

Bagi rakan-rakan blogger yang lain, paparan 1000 itu mungkin ambil masa tak sampai sehari, tapi bagi interpretZZ pula, sehari selalunya tak sampai 100 paparan pun, hehehe.

Untuk sebuah diari yang hanya dikemaskini selepas Tedi balik dari sekolah, ini agak mengembangkan hidung Tedi yang mancung ini.

Dan buat pertama kali juga jumlah pengikut mencecah 100 orang. Terima kasih kepada semua yang sudi menuruti blog Tedi ni.

Selepas ini Tedi akan cuba kemaskini hari-hari setiap kali balik sekolah.