Tadi Master suruh Tedi risik satu nombor telefon.

Ini adalah kerana Master dapat satu panggilan daripada nombor 22990. Master berasa sangsi dengan panggilan itu lalu meminta Tedi mencari nombor 22990 nombor dari mana?

Setelah Tedi selidiki didapati bahawa nombor 22990 ini digunakan CELCOM untuk promosi nada panggilan.

Setelah mengetahui berkenaan nombor telefon 22990 ni adalah nombor apa, Master berjanji takkan menjawab sebarang panggilan dari 22990 selepas ini.

Perubahan logo enjin carian Bing

Selepas itu barulah Tedi perasan sesuatu yang pelik pada BING.com. Logonya dah jadi bersegi, tak bulat macam selalu.

gambar logo lama Bing
Ini adalah logo BING.com yang lama.

Tedi pun cubalah risik, rupa-rupanya dah lama logo ni bertukar. Tapi takkanlah Tedi tak perasan kan? Macam musykil pula.

Logo bersegi ini disertai dengan ejaan bing menggunakan font Segoe supaya lebih serasi dengan barisan logo Microsoft.

gambar logo baru Bing.com
Logo BING.com yang baru, lebih bersegi tajam, diikuti penggunaan warna oren yang menggambarkan keceriaan sang suria.

Selain itu ada juga disebut mengenai fungsi-fungsi terbaru seperti Page Zero dan Pole Position. Tapi tadi Tedi cuba, tiadalah pula jadi seperti yang digambarkan pihak Microsoft.

***

Sumber bacaan Tedi bagi coretan ini: