Hari ini merakam sejarah...


Buat pertama kalinya Tedi bangun jam 4.30 pagi. Mandi, bersiap, sebelum bergegas ke dalam kereta.

blogfyna.com: Petua Melatih Anak Untuk Bangun Awal Pergi Sekolah


Master memanaskan enjin dalam kedinginan dan keheningan pagi. Kali ini agak lama masa yang diambil.

Proton SAGA BLM milik Mommy dipandu Master agak perlahan, tidak seperti kelaziman ketika mengejar Master masa.

Enjin lambat panas?

kereta.info: Sebab enjin panas.

Setelah 30 kilometer barulah jarum meter mencecah 100 km/j. Dalam jarak 30 kilometer itu kereta dipandu hanya 80 km/j. Selepas jarak itu sedikit demi sedikit Master mula memecut.

Rupa-rupanya Master dapat merasakan enjin kereta agak "berat" dalam 30 kilometer itu. 

"Tak usah dipaksa jika ia tidak mahu. Apabila sesuai ia akan mendorong dirinya" - Master

Maksud Master itu ialah apabila kereta seolah berat, lambat bertindakbalas apabila pedal minyak ditekan, jangan dipaksa. Pandu dengan santai sehingga sampai satu saat di mana kereta itu seolah-olah memecut walaupun kita tidak mahu.

Tedi tak tahulah dongengan apa yang Master bawa.
"Abang terus ke pejabat ke?" - Mommy bertanya tiba-tiba.
"Ha'ah la" - jawab Master pendek.
Tedi keliru dengan pertanyaan Mommy tu. Ke mana lagi Master nak pergi kalau tidak ke pejabat? Adakah Mommy mahu mengajak Master sarapan bersama? Sarapan apa pada pagi-pagi buta begini?

Atau adakah Mommy mahu tahu jika Master singgah mana-mana untuk tunaikan solat Subuh?

Atau adakah Mommy takut yang Nasha Aziz cuba mengorat Master?

Apa-apa sajalah.

Menjatuhkan Mommy.

Inilah rupanya kami menjatuhkan Mommy di Bangsar....... hehehe

Kami singgah ke Bangsar untuk menjatuhkan Mommy di sana. Chewah, macam Mommy tu ahli payung terjun pula untuk dijatuhkan. Hehehe.

Bergerak ke Gombak dari Bangsar, kereta sudah mula banyak, namun hanya Proton SAGA BLM milik Mommy yang memecut laju mencecah 120 km/j. Jika ada AES, haruslah naik nama Mommy dalam MyEG.

Kenapa kami keluar sebegitu awal?

Kerana pada pagi tadi Tedi ada satu demonstrasi projek, sedangkan apa yang hendak ditunjukkan masih bermasalah. Come on Tedi, ini bukan prototaip untuk demo dalam keadaan masih tidak sempurna.

Selesai demonstrasi, Tedi kembali ke kelas, merehatkan mata, tubuh dan minda. Kemudian Tedi minta izin balik awal sebab Tedi tak larat sangat.

Terpadam atau terpejam?


Sekarang Tedi mengantuk. Badan Tedi letih. Anehnya mata Tedi tidak mahu terpadam...
"Terpejamlah Tedi. Lilin je yang terpadam."
Leceh betullah, Tedi nak bersasterawan negara pun tak senang, ada sahaja suara-suara sumbang yang mencelah.

Tedi nak baca Prince of Tennis. Manga ini agak memotivasikan diri Tedi pada masa ini.

Minta-minta mata Tedi akan terpadam... eh, terpejam.