بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Kandungan

  1. Ada rotan, ada duri.
  2. Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka.
  3. Batang jangan dibongkar-bongkar, takutkan cacing di bawahnya berlingkar; lain rotan lain akar, walaupun sama boleh dibuat lekar.
  4. Berpatah arang berkerat rotan.
  5. Karam di darat ada juga tungku lekar, karam di laut habis sekali.
  6. Kerat rotan, patah arang.
  7. Kerbau bertanduk, rotan beronak.
  8. Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus.
  9. Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang.
  10. Meminta rotan yang sekerat.
  11. Orang tua jangan dipe­rut seperti rotan, dululah dia merasa garam.
  12. Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).
  13. Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah.
  14. Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong.
  15. Tiada rotan, akar pun berguna / Tiada rotan, akar pun jadi

[Kembali ke Kandungan]

Ada rotan, ada duri.

Maksud peribahasa "Ada rotan, ada duri" ialah dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.


[Kembali ke Kandungan]

Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka.

Maksud peribahasa "Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka" ialah tiada memilih (makanan atau perbuatan).


[Kembali ke Kandungan]

Batang jangan dibongkar-bongkar, takutkan cacing di bawahnya berlingkar; lain rotan lain akar, walaupun sama boleh dibuat lekar.

Maksud peribahasa "Batang jangan dibongkar-bongkar, takutkan cacing di bawahnya berlingkar; lain rotan lain akar, walaupun sama boleh dibuat lekar" ialah nasib tiap-tiap orang serupa saja, cuma derajat (darjat) dan kedudukannya saja yang berlainan.


[Kembali ke Kandungan]

Berpatah arang berkerat rotan.

Maksud peribahasa "Berpatah arang berkerat rotan" ialah memutuskan tali persahabatan (persaudaraan).


[Kembali ke Kandungan]

Karam di darat ada juga tungku lekar, karam di laut habis sekali.

Maksud peribahasa "Karam di darat ada juga tungku lekar, karam di laut habis sekali" ialah kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara.

lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi.


[Kembali ke Kandungan]

Kerat rotan, patah arang.

Maksud peribahasa "Kerat rotan, patah arang" ialah telah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.


[Kembali ke Kandungan]

Kerbau bertanduk, rotan beronak.

Maksud peribahasa "Kerbau bertanduk, rotan beronak" ialah orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.


[Kembali ke Kandungan]

Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus.

Maksud peribahasa "Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus" ialah sangat kuat dan teguh.

embat = pukul; manau = rotan besar.


[Kembali ke Kandungan]

Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang.

Maksud peribahasa "Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang" ialah fikiran yang menurut hawa nafsu membawa kepada kehinaan.

berkelikir = bergelang-gelang rotan, temberang = tali temali di perahu.


[Kembali ke Kandungan]

Meminta rotan yang sekerat.

Maksud peribahasa "Meminta rotan yang sekerat" ialah hendak berpisah daripada kaum kerabat, kerana berkecil hati.


[Kembali ke Kandungan]

Orang tua jangan dipe­rut seperti rotan, dululah dia merasa garam.

Maksud peribahasa "Orang tua jangan dipe­rut seperti rotan, dululah dia merasa garam" ialah orang yang bijak tidak perlu diajar lagi, kerana ia tahu sendiri,

diperut = digulung kecil-kecil.


[Kembali ke Kandungan]

Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).

Maksud peribahasa "Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat)" ialah kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia.

mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.


[Kembali ke Kandungan]

Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah.

Maksud peribahasa "Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah" ialah sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dahulu.

Peribahasa lain yang sama makna:

  1. Sementara menanti pada masak, berjagung-jagunglah dulu.

[Kembali ke Kandungan]

Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong.

Maksud peribahasa "Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong" ialah jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.


[Kembali ke Kandungan]

Tiada rotan, akar pun berguna / Tiada rotan, akar pun jadi.

Maksud peribahasa "Tiada rotan, akar pun berguna / Tiada rotan, akar pun jadi" ialah kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga.

Tedi pernah membincangkan mengenai peribahasa ini secara panjang lebar dalam [T18F13] Tiada rotan, akar pun berguna.

~20251203~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih