بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Pada petang ini setibanya kami dari Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, kami dikunjungi oleh seorang juruteknik Cuckoo.

Kehadiran beliau adalah untuk membaiki penapis air Cuckoo yang kami sewa kerana ada masalah air panas tidak berhenti mengalir sehinggakan memaksa Master menutup sumber air masuk.

Sebenarnya penapis air Cuckoo yang kami sewa tu sudah pun tamat tempoh sewaannya, nasib baik kami sambung tempoh jaminan, maka tidak perlulah bayar lain untuk kes sebegini.

Penyambungan tempoh jaminan selepas tamat sewa beli membolehkan kita mendapat perkhidmatan dari Cuckoo seperti sebelum tamat sewa beli iaitu servis penapis air dan juga penggantian alat.

Pictures of Cuckoo water filter items being replaced to fix hot water problems don’t stop flowing out. This stuff has rotted after 5 years making Teddy think is it still safe to continue using this Cuckoo water filter?
Gambar barang penapis air Cuckoo yang digantikan untuk membaiki masalah air panas tidak berhenti mengalir keluar. Barang ini telah reput setelah 5 tahun membuatkan Tedi terfikir adakah masih selamat untuk terus menggunakan penapis air Cuckoo ini?
# Thursday, 9 September 2021, 15:54 # 20210909 # IMG20210909155456 # OPPO Reno2 #

~20210909~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih