بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari ini selepas jemput Aina dan Aidan dari taska, tiba-tiba sahaja Mummy nak tengok-tengok basikal di kedai Viral di Taman Seroja.

Kemudian Mummy berkenan dengan satu basikal lipat berjenama Gilank. Harga asal basikal ini ialah MYR 599 (lima ratus sembilan puluh sembilan Ringgit Malaysia).

Selain itu Mummy turut tambah aksesori tempat duduk kanak-kanak di belakang basikal lipat tersebut. Harga asal tempat duduk kanak-kanak itu ialah MYR 89 (lapan puluh sembilan Ringgit Malaysia).

Gambar basikal lipat berjenama Gilank berwarna kuning sedang dipasang tempat duduk untuk kanak-kanak.
Basikal boleh lipat berjenama Gilank dibeli Mummy di kedai Viral di Taman Seroja dengan harga RM 589. Basikal ini kira okay walaupun mungkin basikal paling tak stabil pernah Tedi tunggang. Basikal ini menggunakan gear Shimano, bukan calang-calang ya. Mummy tambah pula pasang tempat duduk bayi pada basikal tersebut. Brek basikal Gilank ni menggunakan sistem brek cakera. Satu kekurangan yang agak nyata ialah handle basikal ni bergoyang tapi mungkin boleh diketatkan jika ada alatan yang sesuai. # Monday, 8 February 2021, 19:22 # IMG_20210208_192237.jpg # Xiaomi M2003J15SC # https://goo.gl/maps/fctLJvqh5qS8unkNA # Taman Seroja, 43900 Sepang, Selangor #

Mummy tanya nak beli berapa buah basikal tersebut. Jika beli dua buah basikal dapatlah harga promosi MYR 570 (lima ratus tujuh puluh ringgit Malaysia).

Tapi Master tak rasa dia rajin nak selalu kayuh basikal tersebut, kalau setakat tunggang basikal lipat Gilank tu ke kedai bolehlah kot. Lagipun Master tak rasa Aina akan kayuh basikal dia sendiri, jadi lebih baik Master berlari sahaja kejar Aina.

Agak okay juga keputusan Master untuk tidak beli sebuah lagi basikal tersebut kerana kaki Master asyik tersangkut semasa menunggangnya.

 

gambar kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki sedang cuba duduk di atas basikal lipat jenama Gilank berwarna kuning.
Gambar Aina dan Aidan sedang menguji basikal lipat berjenama Gilank berwarna kuning yang dibeli semalam di Taman Seroja. Tak sempat nak cuba semalam sebab sampai rumah pun dah Maghrib. # Tuesday, 9 February 2021, 18:42 # 20210209 # IMG_20210209_184251.jpg # kamera telefon pintar Xiaomi M2003J15SC #

 


~20210208~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih