بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hemnes Ke-2

Buat kali kedua Master berjaya menyiapkan projek memasang rak kasut siri Hemnes keluaran IKEA.

Rak kasut IKEA Hemnes ni diletakkan di laluan di tingkat atas. Ia akan digunakan bukan sebagai rak kasut sebaliknya Mummy bercadang nak simpan tuala di dalam sana.

Tedi menggemari rekaan rak kasut Hemnes ni cuma masalahnya ia hanya ada 2 kaki, dan ia perlu diikat ke dinding menggunakan skru, bermakna kita perlu menebuk lubang pada dinding.

Ia bukanlah susah, tapi sayang wallpaper yang dipasang pada dinding itu.

Gambar rak kasut IKEA siri HEMNES sudah siap dipasang ke dinding tinggal pasang lacinya sahaja.
Rak kasut siri Hemnes daripada IKEA sudah siap dilekatkan ke dinding menggunakan skru. Rak kasut ini hanya ada 2 kaki dan perlu diikat ke dinding. Tinggal pasang 3 lacinya sahaja lagi. Ini adalah rak Hemnes kedua di rumah kami. Yang pertama dipasang di tingkat bawah buat menyimpan barangan Aina dan Aidan # Friday, 29 May 2020, 18:56 # 20200529 # IMG_20200529_185616.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A #

Jadi jika merancang untuk gunakannya buat masa yang panjang, ia mungkin berbaloi.

Ada orang kata rak kasut siri Hemnes dari IKEA ni mudah rosak kerana tempat simpan kasut tu diperbuat daripada plastik.

Mungkin ya sebab rekaannya adalah sebagai rak kasut dan kita yang memandai-mandai gunakannya untuk tujuan lain. Sendiri guna sendiri tanggung lah ye.

Rak kasut IKEA siri HEMNES ni tidak terlalu dalam menjadikannya sesuai untuk diletakkan di ruang sempit.

gambar rak kasut IKEA siri HEMNES berwarna putih
Rak kasut Hemnes dari IKEA yang kedua telah siap dipasang. apa yang menarik mengenai rak kasut Hemnes ini ialah kedalamannya tidak terlalu luas, menjadikannya sesuai diletakkan di laluan sempit ini. # Saturday, 30 May 2020, 23:43 # 20200530 # IMG_20200530_234328 # Xiaomi Redmi Note 5A #

20200530. Catatan mengenai pemasangan rak kasut Hemnes di tingkat dua.