بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Entah kenapa Tedi macam terpanggil untuk berbicara mengenai tomyam, mungkin kerana tomyam adalah kuah kegemaran Tedi?

[Kandungan Ada Apa dengan Tom Yam]

  1. Maksud Nama Tom Yam
  2. Jenis-jenis Tom Yam
  3. Tom Yam Bagus untuk Selsema?
  4. Adakah Tom Yam banyak kalori?
  5. Adakah Tom Yam mengandungi gula?
  6. Apakah itu Nasi Goreng Tom Yam?

Maksud Nama Tom Yam

  • Tomyam berasal dari negara Thailand.
  • Perkataan tomyam sebenarnya berasal daripada 2 perkataan iaitu Tom dan Yam.
  • Tom bermaksud rebusan. Yam bermaksud sayuran pedas dan masam.
  • Tomyam terkenal dengan rasanya yang pedas dan masam, ditambah rempah dan herba yang wangi.

Jenis-jenis Tom Yam

Ada banyak jenis tomyam mengikut bahan yang dimasukkan ke dalamnya seperti tomyam daging, tomyam ayam, tomyam seafood (makanan laut), dan tomyam campur. Tedi pernah makan tomyam yang dimasukkan isi ikan tetapi Tedi tak pernah jumpa tomyam ikan.

Dalam banyak-banyak tu Tedi paling suka tomyam seafood kerana ada rasa manis yang datang daripada makanan laut, dan tomyam kedua Tedi sukai ialah tomyam daging.

[Kandungan Ada Apa dengan Tom Yam]

Tom Yam Bagus untuk Selsema?

Ada orang kata tomyam ni bagus untuk selsema kerana kepedasan dan kemasamannya itu membantu membuka rongga sinus.

Tapi bagi Tedi lah masa selsema mesti ada sakit tekak dan tak sesuai makan masakan pedas.

Tedi lebih suka makan sup masam panas semasa selsema. Kemasaman penting kerana semasa selsema Tedi tak dapat merasa menyebabkan semua makanan rasa tawar.

[Kandungan Ada Apa dengan Tom Yam]

gambar menu harga masakan tomyam di Lumut, Perak, Malaysia
# Saturday, 27 June 2020, 23:29 # 20200627 # Xiaomi Redmi Note 5A # IMG_20200627_232957 # lokasi: https://maps.app.goo.gl/STkbTcGs8EJuHFU7A #

Adakah Tom Yam banyak kalori?

Berbicara soal masakan mesti ada juga nak tanya pasal kalori, hahaha.

Tomyam dikatakan mengandungi kurang 100 kalori.

Adakah Tom Yam mengandungi gula?

Ya, gula dimasukkan dalam masakan tomyam. Tapi tak masukkan pun boleh juga terutama untuk tomyam yang menggunakan ramuan yang sedia manis seperti makanan laut.

Apakah itu Nasi Goreng Tom Yam?

Mummy suka makan Nasi Goreng Tomyam ni iaitu nasi goreng dengan perisa tomyam. Bukan rasanya sahaja seperti tomyam, bahan-bahan yang digunakan dalam ramuan tomyam turut dimasukkan ke dalam masakan Nasi Goreng Tomyam ini.

Cuma Tedi tak pasti jika kita boleh pesan Nasi Goreng Tomyam Seafood.

[Kandungan Ada Apa dengan Tom Yam]

Adakah sesuai dimasukkan cendawan dalam Tom Yam?

  • Ya, cendawan biasanya dimasukkan ke dalam masakan Tom Yam.
  • Cendawan yang biasa digunakan adalah Cendawan Jerami Padi atau cendawan tiram

 

 


~20200326~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih