Apakah itu Roda Panas?

Roda Panas adalah terjemahan langsung yang Tedi berikan kepada Hot Wheels (selalu Tedi eja Hotwheels sahaja), satu jenama model kenderaan yang bukan sahaja menjadi kegilaan kanak-kanak malahan orang dewasa. Tidak dinafikan koleksi Roda Panas ini jika diusahakan bersungguh-sungguh boleh membawa keuntungan pada masa hadapan.

Tetapi, apa-apa koleksi pun jika dikumpulkan dan dijaga dengan baik dan penuh minat, akan jadi berharga pada suatu masa asalkan ada kumpulan peminatnya. Masalahnya kalau saja buat koleksi untuk dijadikan koleksi berharga pada masa hadapan, kena simpan elok-elok dengan kotaknya sekali.

gambar latar belakang dan logo Hot Wheels

Koleksi Hotwheels Aina ni pula bukanlah koleksi pengumpul sebaliknya koleksi hasil kegilaan Mummy membelikan Hot Wheels ni buat Aina. Tiap satu harganya selalunya MYR 10 (sepuluh Ringgit Malaysia) dan paling murah pun mungkin MYR 6 (enam Ringgit Malaysia).

Membeli Hot Wheels juga menjana ekonomi rakyat Malaysia kerana kilang Hot Wheels ada di Malaysia. Selain itu Hot Wheels yang terdapat dalam koleksi Aina selalunya berasal dari negara Malaysia, Indonesia, dan Thailand.

 

Koleksi Hotwheels Aina yang sempat Tedi labelkan ialah:

  1. '62 Chevy TM GM ©2006,2014 Mattel (), N30, Malaysia - model sebuah trak pickup berwarna hijau tua keunguan yang kusam. Pada pintunya ada label Mighty Max Garage.
  2. '64 Chevy Nova Gasser (FYB75) M30, Malaysia 2018
  3. '68 Mustang (Tooned)
  4. '70 Dodge Power Wagon (Baja Blazers)
  5. '83 Chevy Silverado M30 Malaysia 2007
  6. 1968 Mustang siri Tooned 2017 (DTX47), J50, ©2002,2016, Malaysia
  7. 2020 Jeep Gladiator ®™© FCA US LLC 2019 (GHB41), N30, ©2019 Mattel, Malaysia
  8. Barbie® DreamCamper™ (GRX39), N30, ©2020 Mattel, Malaysia
  9. Beat All (FJV60), M20, Malaysia 2017
  10. Bedlam (), M21, Indonesia 2003.
  11. Bubble Matic (FJV75), L41, Malaysia 2017
  12. Buns of Steel (FJV59) M01, Malaysia 2018
  13. Disney Cruella de Vil (FJW04)
  14. Donut Drifter ™ (GHB63) siri Fast Foodie, N21, ©2019 Mattel, Malaysia - model kereta diinspirasikan daripada seketul donut mula dikeluarkan pada tahun 2020 melalui siri Fast Foodie. 
  15. Draggin' Tall, M30, Malaysia 2009
  16. Duck N' Roll, N27, ©2019 Mattel, Malaysia
  17. F-150 SVT Lightning (GHB33) siri HW Hot Trucks, ©2020 Mattel, N30, Malaysia
  18. Fangster (DHT35) L37, Malaysia
  19. Fast Gassin (FYC62), M30, Malaysia 2018 - model sebuah lori tangki minyak dengan rekaan sporty.
  20. Hi-Beam (FJV67) siri L38 & Olympic Games Tokyo 2020 N27, ©2017 Mattel, Malaysia 2020
  21. Hot Wheels High (), M21, Indonesia 2018
  22. Hotweiler (DTX25)
  23. Fire Eater
  24. Mercedes-Benz Unimog 1300 (FYB55) siri HW Hot Trucks, L49, ©2018, Malaysia 2019
  25. Mod Rod (FYB61)
  26. Octane (FYB44), M06, Malaysia 2018
  27. Off Duty (BDD13)
  28. Party Wagon ©2020 Viacom (GHB47), M39, Malaysia 2019
  29. Piranha Terror (M9)
  30. Quick Bite (FYC61) M26, Malaysia 2017
  31. Repo Duty
  32. Rising Heat (FJV55)
  33. Speed Dozer (BJF58) M21
  34. Steer Clear (), N43, ©2014, Malaysia
  35. Surf 'N Turf (DTX16), L41, Malaysia 2016
  36. Tanknator (DHP21), M36, Malaysia 2015
  37. Tesla Model 3 (FYB50), M06, Malaysia 2018
  38. Tricera-Truck (FYB32), M08, Malaysia 2018
  39. Tur-bone Charged (FYB42), M01, Malaysia 2018
  40. Velocita (BDD03) siri Olympic Games Tokyo 2020, N30, ©2014, Malaysia 2020
  41. Zotic M21, Indonesia 2002

1968 Mustang

  • dimodelkan dari Mustang Fastback 1968 model ini dinamakan 1968 Boss Hoss Mustang semasa dalam lakaran.
  • Pada tahun 2017 model ini menerima alatan baru di mana enjinnya mengalami perubahan, bumper depan dan belakang disekalikan dengan bahagian dalaman kereta, manakala spoiler depan adalah sebahagian dasar kereta.
  • Ia mula diperkenalkan pada siri First Editions dan direka oleh Dwayne Vance.
  • Koleksi Aina: Tooned 2017.

<Kembali ke senarai>

Beat All

  • Koleksi: Street Beasts
  • Permukaan yang sukar dan pertandingan pula ganas, tetapi Beat All sentiasa mengatasi cabaran itu. Beat All meracuni sukan rally dengan kepantasan, kuasa, dan ketahanan, tiada apa yang boleh menghalang Beat All daripada meninggalkan debu kepada para pencabarnya sekaligus mememenangi “Pest in Class”!
  • Tedi suka kereta ni, ia besar dan garang!
  • Ketersediaan: Mix F, End February

<Kembali ke senarai>

Duck N' Roll

  • model kereta dengan tema warna hijau muda, oren dan ungu ini diinspirasikan daripada seekor itik.
  • Kelihatan kereta ini adalah kenderaan amfibia kerana ada kipas di belakangnya yang selalu kelihatan pada kapal selam. Mungkin sebab itulah namanya Duck N' Roll iaitu gambaran ia boleh berenang di air dan bergerak di daratan.
  • Tedi gemari warnanya yang ceria.

<Kembali ke senarai>

F-150 SVT Lightning

  • Dilengkapi dengan enjin 5.4L V-8 dan supercharger, SVT Lightning mempunyai kelajuan tertinggi 140 mph, membolehkan trak ini menerima gelaran "The World's Fastest Production Pickup Truck".
  • Rekaannya biasa-biasa sahaja, sebuah trak pikap berwarna emas.
  • Koleksi Aina: HW Hot Trucks.

<Kembali ke senarai>

Mercedes-Benz Unimog 1300

  • Penampilan sulung model kenderaan 4x4 ini adalah pada tahun 2019 melalui siri HW Hot Trucks 2019.
  • Model ini direka oleh Dmitriy Shakhmatov atau lebih dikenali sebagai Dima iaitu ketua rekaan Hotwheels pada masa itu, sebab itu ada logo DIMA pada model trak ini.

<Kembali ke senarai>

Party Wagon

  • sekali tengok nampak benar model Hotwheels ini adalah van Ninja Turtles. Party Wagon pada awalnya dimiliki Kirby O'Neil ketika dia seorang hippie sebelum diserahkan kepada Ninja Turtles yang menjadikannya sebagai kenderaan utama setelah kemusnahan Shell Raiser.

<Kembali ke senarai>

Surf 'N Turf

  • Tedi rasa rekaan kereta Hot Wheels Surf 'N Turf ni memang mengarut dengan blok enjinnya terbonjol keluar sekaligus menghalang pandangan pemandu kereta. Warna ungu muda kereta ni sungguh kusam, Tedi tak suka. Apa yang Tedi suka pada kereta ini ialah tayar belakangnya lebih besar berbanding tayar hadapan.
  • Model dalam koleksi Aina ialah daripada siri Tooned. sebuah kereta jenis Woodie Station Wagon dua pintu dan membawa peluncur di atas bumbungnya, tayar simpanan di belakang dan ada gitar kecil di tempat duduk belakang.

<Kembali ke senarai>

Tur-bone Charged

  • Koleksi: Rod Squad
  • Dikuasakan oleh turbine gergasi yang menggegarkan tulang, Tur-bone Charged adalah generasi seterusnya kepada ikonik Bone Shaker. Gril depan tengkoraknya dan fenders depan tulangnya pasti akan membuatkankan anda meremang!
  • Tedi tidak menggemari rekaan ini. 
  • Ketersediaan: Mix G, Beg March

<Kembali ke senarai>

Velocita

  • Velocita bermaksud "pantas" dalam Bahasa Itali diinspirasikan daripada enjin v-12 dengan kuasa 700 kuasa kuda.
  • Model ini lahir di El Segundo di California di Amerika Syarikat pada tahun 2013.
  • Ada banyak siri Velocita dan siri dalam koleksi Aina ialah untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan tema badan berwarna putih dengan label Swimming dan Tokyo 2020 dalam warna biru muda. Mungkin kerana sukan itu ditunda kerana wabak Covid-19, harga model Hotwheels ini jatuh kepada MYR 6.00 (enam Ringgit Malaysia).

<Kembali ke senarai>


20200118