Langkau ke kandungan utama

Kod Ralat Mesin Basuh BEKO

Beko adalah salah satu jenama elektronik yang terkenal di dunia, jenama Turki ini meliputi pelbagai peralatan rumah dan dapur seperti mesin basuh yang menjadi tumpuan dalam karangan ini.

Tidak kira setinggi mana kualiti sesuatu perkakasan, lambat-laun ia akan tetap menghadapi masalah. Salah satu cara untuk mengetahui masalah yang dihadapi ialah dengan menggunakan kod ralat. Mesin basuh moden kebanyakannya akan memaparkan kod ralat apabila berlaku sebarang masalah melalui paparan LED kepada pengguna.

Karangan kali ini akan mengkaji apakah kod ralat yang bakal dipaparkan oleh sesebuah mesin basuh BEKO apabila ia menghadapi masalah.


Kod Ralat Beko

Sistem kod ralat Beko adalah sangat mudah, iaitu menggunakan kod E1 hingga E18. Jika kita boleh membaiki masalah itu sendiri maka kita hanya perlu menekan lama butang mula (start) untuk mengosongkan kod ralat.

E1

Kod ralat E1 bererti terdapat ralat NTC yang dikesan di mesin basuh. Ini bermakna ada masalah dengan pendawaian termistor di dalam mesin basuh, kita boleh memeriksa termistor untuk menguji sambungan pada mesin basuh Beko yang seharusnya mempunyai bacaan 4700 ohm dengan suhu 25˚C.

E2

Kod ralat E2 bermakna terdapat masalah dengan pemanas, kemungkinan besar disebabkan masalah pendawaian dan kita mungkin dapat membaikinya dengan merujuk kepada manual penggunaan. Walau bagaimanapun, kita dinasihatkan untuk memanggil pembaiki mesin basuh profesional untuk membaiki masalah ini.

E3

Kod ralat E3 sekali lagi berkaitan dengan pemanas di dalam mesin basuh, bagaimanapun kod E3 memberitahu kita wujudnya aliran haba tetap . Kita perlu memeriksa relay papan kawalan pemanas tetapi pembaikan ini adalah untuk dilakukan oleh seorang profesional.

E4

Kod ralat E4 merangkumi beberapa masalah, tetapi semuanya berkaitan dengan fakta bahawa mesin basuh BEKO kita menghadapi masalah pengisian air. Dalam sesetengah kes, mungkin mudah untuk dibaiki. Mungkin ada masalah dengan pintu yang menyebabkan jem, tetapi ia boleh jadi juga melibatkan masalah yang lebih rumit yang berkaitan dengan injap air atau pendawaian.

E5

Kod ralat E5 bermakna terdapat masalah saliran keluar air mesin basuh yang boleh disebabkan oleh pelbagai isu dari sekatan mudah dalam penapis pam, kepada masalah yang lebih kompleks berkaitan dengan papan kawalan. Jadi, jika kita tidak pasti bagaimana nak baiki, panggil sahaja profesional untuk membantu kita.

E6

Kod ralat E6 bermakna terdapat masalah dengan motor mesin basuh BEKO, kita mungkin akan melihat mesin basuh BEKO itu melompat semasa kitaran cucian (wash). Sekali lagi, ini mungkin disebabkan oleh banyak masalah tetapi tidak seperti beberapa kod ralat lain, kod E6 memang perlukan pembaikan oleh profesional.

E7

Kod ralat E7 bermaksud masalah dengan penderia paras air telah dikesan, satu masalah biasa ialah mesin basuh mengosongkan air setiap kali kita cuba untuk memulakannya. Atau dalam sesetengah kes ia tidak boleh memulakan kitaran sama sekali, seorang juruteknik akan diperlukan untuk memeriksa penderia paras air untuk mendiagnosis masalah tersebut.

E8

Kod E8 merangkumi pelbagai isu tetapi biasanya berkaitan kegagalan mesin basuh BEKO mengisi air. Oleh kerana kod ini merangkumi pelbagai masalah, ia memerlukan banyak pemeriksaan untuk didiagnosis, jadi itu sesuatu yang hanya seorang profesional harus lakukan.

E9

Kod ralat E9 bermaksud terdapat masalah dengan kunci pintu mesin basuh. Sekiranya kita bernasib baik, ia mungkin agak mudah untuk dibaiki, tetapi ia juga boleh menjadi tugas yang lebih kompleks juga. Jadi, jika kita tidak pasti apa yang perlu dilakukan atau tidak dapat mengenal pasti masalah, panggillah pembaiki profesional.

E10

Kod E10 pun berkaitan dengan pintu tetapi kali ini ia bermakna mesin basuh BEKO mengesan pintunya tersekat dalam beberapa cara. Ia mungkin tidak mudah untuk dibaiki.

E11

Kod E11 bermaksud mesin basuh BEKO mengesan masalah dengan motor, kerumitannya memerlukan ia diperiksa oleh juruteknik.

E17

Kod ini bererti terdapat jumlah buih berlebihan yang dikesan di mesin basuh, bersyukurlah ini adalah masalah yang biasanya kita boleh betulkan sendiri dengan membersihkan busa dan menjalankan beberapa kitaran bilas untuk membersihkan busa berlebihan tersebut. Ini boleh berlaku kerana kita menggunakan sabun baju berkualiti rendah atau kita masukkan terlalu banyak sabun pencuci baju semasa membasuh.

E18

Kod ralat E18 bermakna beban tidak seimbang telah dikesan semasa kitaran, jika mesin basuh kita tidak berputar maka ini juga boleh menyebabkan ralat E18. Untungnya kita hanya perlu menghentikan kitaran, muatkan semula pakaian untuk dicuci dan kemudian mulakan semula mesin basuh BEKO untuk menyelesaikan masalah ini.

Terima kasih kerana sudi membaca, sila klik iklan jika ada ya.

Artikel ini adalah untuk menjawab persoalan mengenai:

  1. mesin basuh BEKO keluar tanda E6

Rujukan:

  1. https://www.repairaid.co.uk/beko-washing-machine-error-codes/

[kembali ke atas] [Kembali ke Pangkal Jalan] 

Ulasan

Kiriman Berkaitan