Hari ini konvokesyen Institut Pendidikan Guru hari pertama.

Mak Su Izzati salah seorang penuntut IPG yang turut diraikan dalam konvokesyen kali ini sempena tamatnya pengajian beliau di Insititut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi..

Orang memang ramai dan tapak konvo itu tidak berapa luas kerana terletak di atas bukit. Ada surau yang besar dan selesa. Makanan dan minuman pula dijual agak mahal. Ada air minuman segelas RM 3 membuatkan mereka yang ada ramai ahli keluarga agak garu kepala ketika mahu membelinya. Sesungguhnya dasar memeras pelanggan amat kuat di hati peniaga di Malaysia. Jika mereka tahu banyak permintaan kerana bekalan terhad, mereka akan naikkan harga ikut suka mereka.

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Gambar di atas ni adalah semasa kami dalam perjalanan keluar daripada tapak konvokesyen di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Jalan sesak teruk disebabkan ada manusia yang meletakkan kereta di tepi jalan sehingga menjadi satu lorong sahaja. Masalah ini turut disumbangkan oleh kawalan lalulintas dan susunan aliran trafik yang tidak tersusun.
Gambar bangunan IPG Kampus Bahasa Melayu dan kesesakan lalu lintas semasa konvo hari pertama.
Gambar perpustakaan di IPGKBM.
Suasana dalam bangunan koperasi.
Gambar bangunan IPG Kampus Bahasa Melayu yang terletak atas bukit berhampiran UM.