1 Zulkaedah (14 Julai 2018)

Hari ini merupakan hari yang agak istimewa kerana orang sudah mula sibuk nak berangkat ke Madinah atau Makkah kerana musim haji.

Hari ini juga Aina sudah mula rajin untuk berjalan. Dia akan melangkah beberapa tapak, jika ada bean bag, dia akan menyerbu dengan laju, mentang-mentang bean bag tu lembut maka dia tahu ada tempat baik untuk landing.

Tapi jika dia berjalan ke arah tiada bean bag, tahu pula dia untuk berjalan dengan perlahan dan tertib, tidak seperti lori tiada brek.

Sebenarnya sejak semalam lagi dia sudah menunjukkan kerajinan untuk berdiri dengan berpaut kepada Master sebelum menyerbu bean bag.

Ketika ini umurnya patut 1 tahun 4 bulan dan 24 hari.

20180714