Kami ke Manjaku Baby Mall Putrajaya untuk mencari susu formula bayi buat Aina.

Sebelum ini kami selalu beli susu tersebut di Manjaku Bandar Baru Bangi. Tapi kali ini kami ke Putrajaya dengan anggapan ia lebih dekat dengan rumah.

Gambar Aina di Manjaku Putrajaya pada 20180522.

Suasana yang luas di tingkat bawah Manjaku Baby Mall Putrajaya. Kami tak naik ke tingkat 2.

Master dan Aina pula sibuk bermain di luar sebab ada banyak burung sedang terbang pulang ke sarang masing-masing. Ada banyak burung berterbangan, ada yang kecil, sedang, dan agak besar. Memang puas hatilah tengok burung berterbangan di sana.

 

Harga Susu Nestlé Nankid Optipro langkah 3 dengan berat 1.3 kg ialah MYR 75.90 (tujuh puluh lima Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja).