Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

Logik Kabur mudahkan kehidupan

Logik Kabur?Apa benda tu? Mungkin itulah persoalan yang bermain di minda kalian kan?Logik kabur tu Tedi terjemah terus daripada Bahasa Inggeris perkataan "fuzzy logic". Apakah dia fuzzy logic tersebut?Ia adalah satu jenis kepintaran buatan yang membolehkan peralatan atau mesin untuk membuat keputusan berdasarkan kepada beberapa input yang tidak jelas (kabur).Contoh terbaik penggunaan fuzzy logic ni adalah pada mesin basuh automatik seperti mesin basuh HAEIR yang kami gunakan sekarang.Apabila kita masukkan baju dalam mesin basuh automatik dengan ciri fuzzy logic ni, apakah perkara pertama akan dilakukannya?Ia akan menggerakkan tong dram cucian beberapa kali untuk menimbang berat pakaian tersebut. Jadi input pertama adalah berat pakaian.Seterusnya ia akan memutuskan berapakah jumlah air yang perlu dimasukkan untuk mencuci pakaian mengikut berat yang telah ditimbang. Jika berat, bermaksud banyak air diperlukan, dan jika ringan, bermaksud kurang air diperlukan. Nilainya tidak te…

Error converting data type nvarchar to numeric

IsuSemasa guna function findOne(example), dapat error yang panjang berjela, didahului dengan tajuk masalah tukar data jenis nvarchar kepada numeric.Error yang sama juga berlaku apabila Tedi cuba gunakan isExists.PenyelesaianSetelah hantuk kepala beberapa kali akhirnya Tedi mendapati ada column dalam model utama yang asalnya ialah numeric telah ditukar kepada nvarchar dalam pangkalan data.Log2018-04-17 17:36:23,100 [http-nio-8888-exec-11] ERROR org.hibernate.engine.jdbc.spi.SqlExceptionHelper - Error converting data type nvarchar to numeric.
org.springframework.orm.jpa.JpaSystemException: org.hibernate.exception.SQLGrammarException: could not execute query; nested exception is javax.persistence.PersistenceException: org.hibernate.exception.SQLGrammarException: could not execute query
     at org.springframework.orm.jpa.EntityManagerFactoryUtils.convertJpaAccessExceptionIfPossible(EntityManagerFactoryUtils.java:418)
     at org.springframework.orm.jpa.AbstractEntityManagerFactoryBean.tran…

Aina patut masuk wad

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, dan para sahabat baginda.Ini adalah karangan mengenai aktivita harian kami sekeluarga untuk tarikh 16 April 2018.Sekali lagi ke Klinik Dr. Siti Kota Warisan Semalam sekali lagi kami ke klinik Dr. Siti di KIP Sentral di Kota Warisan di Sepang di Selangor di Malaysia.Tujuan utama kami adalah untuk bawa Nor Äina ambil neb kerana ada bunyi kuat ketika di bernafas.Doktor yang memeriksa Nor Áina menyatakan bahawa bayi berusia setahun sebulan itu patut dibawa ke hospital dan ditahan di wad untuk periksa bunyi seperti jangkitan kuman di paru-paru sebelah kiri. Bunyi whizzing di sebelah kanan pula kedengaran reda setelah Aina ambil neb.Aina menangis bersungguh-sungguh kali ini semasa ambil nebulizer dan kelihatan hingus pekat banyak keluar daripada hidungnya. Adakah perlu beli neb? Mungkinkah nebulizer ini perlu dibuat selalu untuk cairkan hingus beliau?Doktor membekalkan kami den…

Deftech perkenalkan variasi AV8 Gempita di DSA 2018

KUALA LUMPUR - Anak syarikat DRB Hicom Bhd, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech), hari ini memperkenalkan varian terbaharu, kereta perisai beroda (AMV) yang paling canggih, AV8 Gempita – Pengawasan (SURV) dan Stesen Senjata Kawalan Jarak Jauh (RCWS). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. - Foto Bernama SURV dan RCWS, yang sedang dipamerkan pada pameran Defence Services Asia ke-16 (DSA 2018), merupakan sebahagian daripada dua varian dalam 12 variasi AWV AV8 Gempita yang sedang dipersiapkan untuk penghantaran kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah satu kontrak yang dianugerahkan pada 2011, merangkumi reka bentuk, pembangunan dan pembuatan 259 unit Gempita.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Deftech Lt Kol Datuk Amril Samsudin berkata, SURV akan digunakan oleh Unit Infantri Mekanis dan Re…

Bermula era Redmi Note 5A Prime

BismillahirrahmanirrahimAssolatu wassalamu ála rasulullahi wa alihi wa sohbihi ajmaín
Karangan ini adalah catatan aktiviti kami sekeluarga pada 12 April 2018.
Bawa baby Aina ke Pusat Rawatan Harian dan Klinik Pakar HKLHari ini aktiviti kami bermula dengan membawa si bayi, Nor Aina, ke Hospital Kuala Lumpur.Kali ini temujanji Aina adalah dengan klinik pakar neurosurgeri kalau tak silap. Tujuan pemeriksaan kali ini adalah memastikan retak pada kepala Aina takkan membawa kesan buruk kepadanya.Belakang kepala Aina retak setelah dia tercampak dalam sebuah kemalangan yang kami sekeluarga alami di Cyberjaya. Tedi belum berkesempatan merakam kisah kemalangan tersebut.Segala puji bagi Allah. Doktor yang memeriksa bayi Nor Áina memaklumkan bahawa dia tidak mengesan sebarang pembesaran pada keretakan pada kepala Aina.Doktor tunjukkan di bahagian mana yang retak pada kepala bayi Aina, dan kata selalunya ia dibiarkan pada bayi kerana ia boleh sembuh sendiri, tetapi boleh jadi juga keretakan itu sema…

Tempah Xiaomi Redmi Note 5A Prime dari Lazada

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha PenyayangAssolatu wassalamu ála rasulullah saiyidina Muhammad wa ála alihi wa sohbihi ajamai’n
Assalamuálaikum wa rahmatullahi wa barokatuh
Karangan kali ini adalah mengenai pengalaman pertama Master membeli barang menggunakan portal beli-belah atas talian, Lazada. Agak susah nak kikis perasaan takut tetapi orang putih kata, “life must go on”.
Master bukanlah seorang manusia yang membeli barangan menggunakan laman web. Selalunya hanya Mommy sahaja yang membeli barang menggunakan internet. Tetapi kali ini Master nak beli sebuah telefon pintar dengan bajet terhad tetapi mahukan spesifikasi yang tinggi. Salah satu cara untuk mencapai cita-cita tersebut adalah dengan membeli gajet tersebut menggunakan kemudahan laman web membeli-belah seperti Lazada, 11 Street, dan Shopee. Memandangkan Master agak skeptikal untuk membeli melalui portal-portal yang disebutkan tadi, kawan Master turut mencadangkan satugadget.com dan directd, di mana kedua-duanya mempuny…

Ambil kit larian MMU E-Bee Run di D'Pulze Cyberjaya.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad, dan keluarganya, dan para sahabat baginda.Karangan kali ini adalah sedikit catatan tentang apa yang berlaku pada hari ini. Tidak berkesempatan Tedi nak ceritakan satu-satu, maka Tedi rumuskan sahaja dalam kiriman ini. Untuk catatan pada hari ini, 8 April 2018.Newcastle United telah mengalahkan Leicester City di halaman lawan dengan keputusan 1-2. Nasib baik gol cantik Ayoze Perez telah mengunci kemenangan tersebut. Keputusan ini menyaksikan Newcastle kini berada di tangga ke sepuluh Liga Perdana Inggeris.Hafizh Syahrin menduduki petak ke 23 MotoGP Argentina Termas de Rio Hondo dengan sesi kelayakan berlangsung dalam hujan yang sepatutnya menjadi kelebihan buat beliau. Mungkin Hafizh belum serasi dengan jentera MotoGP yang lebih berkuasa? Perlumbaan itu telah ditangguhkan seketika atas faktor keselamatanUncle Farzie, Rado, dan Miss D telah menyertai Standard Chartered KL Marathon 2018 p…

Master periksa mata di Hospital Putrajaya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sollallahu álaihi wassalam.Hari ini Master keluar rumah sekitar jam 7 pagi untuk ke Hospital Putrajaya kerana Master ada temujanji dengan ophthalmologist di sana.Master sampai di Hospital Putrajaya sekitar jam 7:40 pagi dan dapat nombor pada jam 7:50 pagi. Master dipanggil untuk pemeriksaan sekitar jam 8:30 pagi, dan habis temujanji dengan ophthalmologist sekitar jam 9:15 pagi.Ophthalmologist adalah gelaran bagi doktor pakar mata.Ini adalah temujanji kedua Master dengan pakar mata di Hospital Putrajaya, sebagai pemeriksaan susulan kepada pemeriksaan pertama dalam bulan Disember 2017 yang dilakukan kerana kemalangan kereta yang kami sekeluarga alami.Kali ini Master turut membawa hasil pemeriksaan mata yang diperolehi dari Hospital Kuala Lumpur.Merujuk kepada laporan pemeriksaan tersebut, doktor pakar mata tu menyatakan bahawa mata Master adalah normal dan tiada tanda glaukoma. Do…

Kiriman Berkaitan