Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Sejauh mana boleh memandu setelah lampu rizab bahan api menyala?

Malangnya, tidak terdapat piawai industri yang menentukan berapa banyak jumlah minyak rizab dalam tangki kereta atau sejauh mana kenderaan mesti dapat bergerak selepas lampu rizab bahan api menyala.

Oleh itu, tiada jawapan konkrit yang diperolehi, tetapi berikut adalah beberapa petua yang mungkin membantu apabila kita cuba meneka berapa banyak minyak kereta yang tinggal setelah lampu rizab bahan api menyala.

Bahan api yang Tedi maksudkan adalah minyak kereta seperti petrol dan diesel.


Saiz Tangki Memainkan Peranan
Pertama, selain segelintir kenderaan jarak jauh, kereta jarang mempunyai tangki yang berasingan untuk menyimpan bahan bakar simpanan, dan lampu rizab bahan api hanya menyala apabila paras tangki utama jatuh di bawah paras tertentu.

Setiap kereta berbeza tetapi sebahagian tangki simpanan biasanya mengandungi sekitar 10 hingga 15 peratus daripada jumlah minyak keseluruhan.

Jika kita ambil kiraan mudah, tangki minyak 40 liter mempunyai rizab 4 liter minyak.

Pengaruh Keadaan Pem…

Tiada limau nipis, limau kasturi pun okay

Ini bukanlah satu peribahasa, tetapi situasinya memang tepat dengan peribahasa "tiada rotan, akar pun berguna".Jika tidak dapat sesuatu yang menjadi pilihan utama, dapat yang alternatif pun jadilah, asalkan ia dapat membantu walaupun bukan pada tahap optimum. Alkisahnya Master sedang batuk-batuk. Terasa ada kahak di dada. Batuknya pula selalunya terasa kering.Master selalu ambil madu lebah, tetapi kesannya sementara.Jadi Master nak minum pula air jus buah limau nipis campur madu kerana gabungan kedua-dua bahan ini akan menjadi satu pelindung semulajadi dalam tekak apabila diminum.Malangnya dalam peti sejuk tiada buah limau nipis, manakala pokok limau nipis di luar rumah tidak berbuah.Apa yang ada dalam peti ais kami hanyalah buah limau kasturi yang ditinggalkan Tok Ma dan Tok abah. Limau kasturi ni memanglah sedap dibuat air tetapi untuk minum sejukkan tekak. Tok Abah gunakan belahan buah limau kasturi ni semasa mandi. Di samping mewangikan ia boleh ubati kelemumur.Berbeza de…

Tuntut Kerugian Sepenuhnya di Takaful Ikhlas Bangsar South

Semalam Master ke Takaful Ikhlas di Bangsar South untuk bertanyakan perihal dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk menerima tawaran tuntutan sepenuhnya (total loss) daripada Takaful Ikhlas.
Tuntutan total loss kami dinilai RM 11000 (sebelas ribu ringgit Malaysia) untuk kereta Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM tahun 2009. Nilai diinsuranskan ialah RM 13000 (tiga belas ribu ringgit Malaysia)
Kandungan karangan kali ini:Barang yang perlu disertakan semasa terima tuntutan total lossNasib baik Takaful Ikhlas dekatBerapa lama tuntutan insurans total loss diproses?Ada tarikh luputkah untuk terima tuntutan total loss? Lokasi ke IKHLAS  Point di Bangsar SouthBarang yang perlu disertakan semasa terima tuntutan total loss
Mengikut surat tawaran yang diterima Mommy, kami kena serahkan (mengikut kes kami):Semua kunci kereta yang diisytiharkan sebagai total loss.Kami cuma ada satu kunci sahaja iaitu kunci pendua manakala kunci utama semasa kami kemalangan telah hilang entah ke mana.Kakak kaunter kat…

Sebuah Pertemuan

Tedi baru je dengar lagu ni tadi dalam IKIM.FM.Liriknya agak mengelirukan mungkin nak cerita pasal cinta tetapi akhirnya ia menyebut pasal perasaan bersyukur dikurniakan teman sejati, jadi mungkin lagu ni bercerita pasal kesyukuran dikurniakan kawan yang membantu kita mengenal Tuhan, menasihati kita masa kita leka, menguatkan kita masa kita down, beri harapan masa kita rasa kecewa. Malam ni cuaca sangat sejuk di mana Tedi hampir kebekuan. Suhu hari ini sekitar 20 darjah Celcius sahaja.Sebuah PertemuanMunsyid: UNIC
Album: See U di IPT
Hakcipta: Hijjaz Records Sdn Bhd
Senikata: Abai OS
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapanBagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapanC/O 1:
Tika ku kealpaan, kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan, kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan…

Kiriman Berkaitan