Langkau ke kandungan utama

Sejarah Pencipta Bertih Jagung (Popcorn)

Siapakah pencipta atau penemu bertih jagung (popcorn)?

Erm... kali pertama Tedi mendapat soalan ini, Tedi berasa sangat santai, sebabnya Tedi percaya bahawa jawapannya tentu sahaja mudah dan ada di mana-mana dalam ruang maya.

Tapi setelah Tedi menyelidik dan membaca beberapa rujukan, Tedi mula terfikir, tiada soalan lainkah cikgu nak bagi?

Rupa-rupanya bertih jagung (popcorn) mempunyai sejarah yang panjang!

Gambar pribumi benua Amerika yang pertama menemukan bertih jagung (popcorn)

Makanan ringan Zaman Batu?

Zaman Batu atau zaman purba adalah zaman manusia masih menetap dalam gua dan menggunakan peralatan daripada batu.

Ahli arkeologi telah menemui "bebunga" jagung berusia 80000 tahun di bawah Mexico City. Rupanya amat mirip dengan bertih jagung (popcorn) pada zaman ini. Ahli arkeologi percaya bahawa bertih jagung (popcorn) telah menjadi snek manusia gua.

Bertih jagung (popcorn) dipercayai wujud pertama kali di Mexico, namun ia juga telah ada di China dan India beratus tahun sebelum Columbus menemui benua Amerika.

Fosil yang enak

Bertih jagung paling tua pernah ditemui adalah di Bat Cave di tengah New Mexico. Usianya dianggarkan 5600 tahun. Manakala di makam-makam di Peru, ahli arkeologi menemukan bijian jagung zaman purba yang disimpan baik sehinggakan ia masih boleh dibuat bertih jagung (popcorn)!

Kadangkala bertih jagung (popcorn) yang ditemui terpelihara dengan baik sehinggakan ia masih kelihatan gebu dan berwarna putih apabila debu yang melitupinya ditiup. Bertih jagung (popcorn) berusia 1000 tahun ditemui dalam keadaan sedemikian disebuah gua di selatan Utah.

Bertih jagung (popcorn) mungkin sangat penting dalam kehidupan masyarakat purba Amerika. Pada satu lukisan pada kendi pengebumian berusia 1700 tahun yang ditemui di Mexico terlihat dewa jagung memakai mahkota jagung. Alatan membuat bertih jagung (popcorn) yang berhias turut ditemui di Peru dipercayai dari sekitar zaman yang sama.

Penemuan yang menggemparkan

Orang Eropah mengetahui tentang bertih jagung (popcorn) daripada Orang Asli Amerika. Apabila Cortes menjajah Mexico, dan apabila Columbus tiba di West Indies, kedua-duanya menyaksikan kaum pribumi di sana memakan bertih jagung  (popcorn), dan ada yang menjadikannya sebagai rantai leher dan hiasan kepala.

Orang Asli Amerika membawa satu beg bertih jagung (popcorn) ke upacara Thanksgiving yang pertama. Cara makan bertih jagung (popcorn) pada masa itu adalah dengan memanggang jagung yang disapu minyak, dan kemudian bijian yang meletup dimakan. Kaum pribumi serata Amerika turut membuat bir bertih jagung dan juga sup bertih jagung.

Selepas mengetahui kewujudan bertih jagung (popcorn), para kolonial mula menikmati cereal sarapan pagi iaitu semangkuk bertih jagung (popcorn) yang dihidangkan dengan krim atau susu.

Orang Amerika mencintai bertih jagung (popcorn)

Bertih jagung (popcorn) sangat terkenal di Amerika Syarikat sejak lewat kurun ke-19 sehingga pertengahan kurun ke-20.

Pada Perang Dunia Ke-2, apabila gula dicatu, orang Amerika menukar gaya makan mereka, mereka makan 3 kali ganda bertih jagung (popcorn).

Bertih jagung (popcorn) sangat popular di panggung wayang gambar (pawagam), dan apabila televisyen mula muncul pada tahun 1950-an, jualan bertih jagung (popcorn) jatuh buat seketika.

Pada masa sekarang, rakyat Amerika secara purata makan 70 quarts bertih jagung (popcorn) setahun. Amerika Syarikat bukan sahaja bumi pencinta bertih jagung (popcorn), tetapi ia juga adalah bumi bertih jagung (popcorn) di mana kebanyakan tempat di dunia mendapat bekalan bertih jagung (popcorn) dari Nebraska dan Indiana.

Coretan lain berkenaan bertih jagung (popcorn) di interpretZZ

  1. Bertih jagung (popcorn) tingkatkan kekebalan terhadap iklan

Ulasan

Kiriman Berkaitan