poster nasihat apa petua redakan kemarahan

Marah adalah satu nafsu yang sukar untuk dikawal.

Ia bagaikan api, dan asalnya daripada api neraka, perlu dikawal ketika ia menerpa jiwa agar kita tidak meledak dan kemudian menyesal, sehinggakan orang yang dapat menahan marah digolongkan sebagai manusia yang gagah perkasa.

Ini adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menguasai kemarahan:

  1. Jangan berkata apa-apa ketika kita sedang marah - kerana selalunya semasa marah kita akan keluarkan ayat-ayat yang mengarut dan tak sedap didengar.
  2. Berfikir sebelum bercakap - lebih mampu kita berfikir, lebih cool kita boleh jadi, jantung pun lebih relax.
  3. Ambil masa untuk bertenang.
  4. Banyakkan minum air kosong - kerana ia menyejukkan.
  5. Kekal gunakan perkataan ganti diri "saya", dan bukannya "aku".
  6. Tarik nafas dalam-dalam.
  7. Jangan berdendam - sentiasa memaafkan.
  8. Gunakan bahasa yang sopan.
  9. Senyum - dengan menawan.

20160427