Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

The Challenger, Mazda CX5 dan Belladeon

Mencuri masa sebentar mengisi ruang kosongTerjaga Tedi daripada lena yang singkat, dan badan terasa mulai pulih dari keletihan bermain badminton di The Challenger PJ semalam.Habis bermain jam 10 malam, kemudian tunggu Mommy pick up dalam jam 11 malam baru sampai kerana beliau kesesatan dalam perjalanan dari Mydin Mall USJ.Kemudian kami ke Puncak Jalil, menukar beg duit Master yang kawan beliau tertukar setelah menumpang simpan barang dalam beg raket beliau.Terasa tekak haus setelah terjaga, gagahi diri ke dapur bawah untuk minum air dari mesin penapis berjenama Cuckoo.Setelah membasahkan tekak terlihat pula komputer riba berjenama DELL Latitude D630 yang tidak diusik semalaman, maka Tedi mula menghadapnya.Mana tahu kalau ada nukilan menarik?Tiada apa untuk dinukilkan, maka Tedi habiskan masa menonton Prince of Tennis.Bakal pandu uji CX5 Pagi nanti, sekitar jam 10 pagi, kami telah berjanji untuk memandu uji sebuah kereta Mazda CX5 di Bangi.Ini adalah rentetan kepada pandu uji ke atas se…

KPI ikut giliran itu najis lembu!

Kenapa harus diberi markah tinggi ikut giliran?Alkisahnya adalah bos kepada ahli keluarga Tedi yang kononnya akan memberi markah tinggi dalam KPI kepada anak buahnya mengikut giliran.Ini bermakna setiap anak buahnya kan dapat markah tinggi pada suatu masa.KPI adalah "key performance index" atau selalu disebut Pak Najib sebagai Indeks Keberhasilan Utama, satu piawaian untuk menyukat prestasi pekerja, jabatan, atau syarikat.Bagi Tedi, sistem giliran itu adalah amat mengarut! Ia kan menyebabkan mereka yang tidak berprestasi tinggi mendapat laba yang tak sepatutnya, dan mungkin juga mereka takkan berusaha untuk berprestasi tinggi. Lebih-lebih lagi buat mereka yang menjadi kesayangan bos, walaupun ada staff lain yang lebih berprestasi, mereka kan lebih diutamakan.Tambahan pula apabila janji lisan diberikan, "setiap pekerja akan berpeluang mendapat giliran memperolehi markah tinggi", tiada siapa akan dapat menyukat ketepatan kata-kata itu.Lagi sakit hati apabila pekerja…

Ako Mustapha

Ini adalah laman khusus untuk cerita dan berita mengenai pelakon Muhaizad Ahmad Mustapha yang popular dengan nama Ako Mustapha.Kandungan19-02-2015: Kahwin Terpaksa17-08-2013: Aksi Raya Ako Mustapha Bersama SakinahKahwin Terpaksa19 Februari 2015 10:06 PMKartina langsung tidak tahu perancangan Ako untuk bernikah dengannyaPertemuan yang tidak dijangka, berkahwin pun tidak dijangka. Itulah yang dialami oleh Kartina Abdullah bila bercerita tentang perkahwinannya bersama dengan pelakon kacak, Ako Mustapha. Membuka cerita pertemuan mereka, segalanya berlaku secara kebetulan. Detik pertama pertemuannya adalah ketika dia menghadiri sambutan hari jadi seorang rakan.“Kali pertama bertemu kami hanya berkenalan begitu sahaja. Kali kedua berjumpa kami terserempak ketika hendak pergi makan. Saya terkejut kerana dia masih mengingati saya. Selepas itu kami bertemu lagi, juga di majlis hari jadi rakan saya dan kali ini kami bertukar nombor telefon.“Bermula daripada situ yang kami mula mesej antara satu …

Kiriman Berkaitan