Hari ini suratkhabar melaporkan berita sogokan kepada pegawai Imigresen Malaysia di lapangan terbang.

Malaysia Mugs

  • Ia diikuti cadangan oleh pihak-pihak tertentu supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di lapangan terbang untuk membanteras gejala ini.
  • Tapi belum apa-apa dah ada yang menolak dengan menjawab, "Kes ini adalah kes terpencil". Lebih haru apabila individu itu adalah Ketua Imegresen Malaysia.
  • Tedi tak ingat dah berapa kali ayat "kes ini adalah kes terpencil" atau "isu ini adalah terpencil" digunakan untuk menolak apa-apa cadangan.
  • Paling bodohnya ialah apabila ayat-ayat klise itu disuarakan oleh menteri-menteri Malaysia dan pegawai atasan kerajaan yang sepatutnya bijak pandai mencari penyelesaian kepada sebarang isu.
  • Paling kelakar apabila mereka tidak pula memberi jawapan sebegitu apabila kes itu melarat atau sesuatu kes itu melibatkan orang-orang kenamaan.
  • Sebagai contoh apabila kes penculikan budak berleluasa dan melibatkan anak pegawai kedutaan asing, tak mahu pula mereka jawab, "kes ini kes terpencil", sebaliknya mengerahkan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dengan sehabis-habisnya.
  • Contoh lain ialah ketika kes tembakan di lampu isyarat berlaku, jawapan sama diberikan, namun akhirnya OPS Cantas terpaksa dilaksanakan untuk membanteras jenayah tersebut.
  • Bagi kes sogokan pegawai Imigresen Malaysia ni, kes ini dikatakan terpencil kerana hanya 5 hingga 6 manusia diseludupkan berbanding pengguna lapangan terbang 39 juta orang. Tapi kalau dalam TV bukan main pula, nak belanja nasi lemak sebungkus pun tak boleh. Tedi setuju dengan iklan tu, tapi kenapa kerajaan tak konsisten dengan apa yang mereka promosikan?
  • Jawapan mereka seolah-olah nak menutup sesuatu daripada pandangan rakyat Malaysia, sebelum ini mereka selalu jawab, "Kajian akan dilaksanakan.", namun rakyat Malaysia memang tahu laporan kajian itu sama ada berkurun untuk disiapkan atau takkan siap langsung. Mungkin mereka tahu rakyat sudah bosan maka kini mereka beralasan semua kes adalah terpencil, bersyukurlah Malaysia masih aman!
  • Agaknya mereka nak tunggu penjenayah antarabangsa ataupun pengedar dadah paling dikehendaki terlepas hasil sogokan pegawai Imigresen Malaysia barulah mereka nak akui "kes ini bukan kes terpencil"?

20131117