Rumah jiran-jiran Mommy dipecah masuk

Berita daripada Whatsapp Mommy memaklumkan mengenai kecurian yang berlaku di 2 buah rumah di taman kami.

Selain itu kawan sepejabat Mommy juga dipecah masuk rumahnya.

Ketiga-tiga kes menggunakan kaedah yang sama, masuk melalui pintu gelongsor (sliding door). Penjenayah itu memecahkan gril sliding door sebelum masuk melaluinya. Ternyata pintu gelongsor adalah mudah untuk dipecah masuk.

Inner Inspiration: Rumah saya dipecah masuk.

Rumah keluarga kawan Master pun mengalami situasi yang sama, beberapa tahun dahulu.

Nampaknya penjenayah semakin bermaharajalela dalam negara Malaysia yang aman damai ini. Rumah dah macam penjara Pudu, masih kena pecah. Malangnya sangkar besi yang dibina untuk melindungi keluarga dan harta ini juga kadangkala mengurung tuan rumah dalam kes kebakaran sehingga menjadi berita yang sungguh menyayat hati.

Jeriji besi kadang-kadang menjadi sangkar maut apabila berlaku kebakaran, namun ia terpaksa digunakan dalam melindungi diri dan harta dari ancaman penjenayah di bumi Malaysia yang aaman ini. [Sumber: Dunia Itu: Ibu dan dua anak dijumpai rentung.]

Semua ini taqdir yang kita tak dapat menolaknya, cuma dengan sedikit usaha dan tawakkal, mungkin hati kita akan tenang.

Tok Master pernah ingatkan, nak keluar rumah baca doa keluar rumah (doa tawakkal) dan semasa kunci pintu beri salam ke arah rumah. Kerana di rumah itu bukan kita sahaja yang tinggal, ada makhluk lain yang menumpang. Insya-Allah jika kita hamba Allah yang bagus, ia akan jadi hamba Allah yang bagus juga, begitu juga sebaliknya. Jika dia anggap itu rumah tempat dia menumpang, akan dia benarkan ia dicerobohi?

Ini doa yang dibaca ketika keluar rumah, tapi Tedi tak anggap ia doa keluar rumah, tapi lebih kepada doa kita bertawakkal (berserah diri) kepada Allah setelah kita berusaha. Boleh dibaca contohnya semasa nak duduki ujian, atau semasa kunci basikal, atau juga semasa nak jumpa cikgu disiplin setelah kita pecahkan tingkap kelas.
[Sumber: Kumpulan Doa: Doa keluar rumah]

Begitulah lebih kurang, namun cikgu Master (cikgu kepada Master, bukan Master itu seorang cikgu) pernah ingatkan, jangan bergantung kepada makhluk, itu syirik namanya. Kita berusaha dengan menggunakan kunci rumah, namun kunci itu tak berupaya melindungi rumah kita. Ia mungkin salah satu jalan Allah subhanahu wa ta'ala menimbulkan rasa putus asa di kalangan perompak.

Begitu juga apabila guna penggera, ia tak berkuasa melindungi kita, namun ia mungkin salah satu jalan Allah subhanahu wa ta'ala timbulkan rasa gerun di hati perompak.

Semua perbuatan bermula daripada hati seseorang, dan hati manusia dikuasai Maha Pencipta. [Sumber: info-infoharian: Asal usul lambang hati cinta]

Semuanya bermula daripada hati. Hati tanpa iman, nescaya jenayah berleluasa. Allah subhanahu wa ta'ala yang berkuasa ke atas hati manusia.

Undang-undang Islam contohnya, juga takkan berkuasa menewaskan jenayah jika tak diizinkan Allah subhanahu wa ta'ala. Cuma Allah dah beri panduan undang-undang yang akan menggentarkan hati manusia. Bukannya laksanakan hudud, jenayah akan terus hilang, tapi dengan berkat keredhaan-Nya, insya-Allah jenayah akan berkurang. Jadi jangan main-main apabila berbual tentangnya.

Kita hanya berusaha, Allah subhanahu wa ta'ala yang menentukan, tapi paling penting, Allah takkan bantu jika kita tak membantu diri kita.

Menarik! Ini adalah sendal komersial untuk pintu gelongsor kaca yang Tedi jumpa dalam sebuah laman web "lockking.org: Commercial Security Bar for Sliding Glass Doors". Tak tahulah kalau produk ni ada dijual di Malaysia. Boleh buat niaga ni kalau ada modal, hehehe.

Berkenaan sliding door, kalau boleh, sendal dengan kayu panjang atau besi panjang, dan keluar menggunakan pintu lain.

Itu sahaja buat masa ini, Tedi nak pergi main golf sekejap.