gambar tangkap layar menunjukkan hasil carian ego seorang lelaki

Saja-saja cuba Bing.com tajuk kiriman sendiri

Tetapi apa yang Tedi perolehi ialah blog orang lain.

  • Ego seorang lelaki merupakan salah satu kiriman Tedi yang Tedi suka sebab itu pengalaman seseorang yang rapat dengan Tedi.
  • Tadi saja-saja Tedi cuba lakukan carian yang berkaitan dengan tajuk itu. Seperti biasa, tiada hasil yang merujuk kepada interpretZZ.
  • Tapi ada 1 hasil carian yang menarik perhatian bukan kerana tajuknya sama, tapi ayat yang digunakan itu sangat serupa dengan gaya penulisan Tedi!
  • Bangga sekejap kerana ada orang yang "menghargai" hasil karya Tedi. Karyalah sangat, hehehe. Tapi apabila Tedi lawat blog itu ternyata dia copy-paste buta-buta jer.
  • Sumber pun tidak dinyatakan, itu yang buat Tedi sangat sakit hati.
  • Bukan satu sahaja kiriman Tedi disalinnya, ada beberapa lagi seperti:
  • Sedih juga apabila melihat coretan Tedi dicuri sebegitu saja, tambahan kebanyakan kiriman Tedi tiada identiti sendiri.
  • Tedi cuba selidik di busuk.org, dan ternyata kiriman yang dicuri ini boleh dijumpai di sana.
  • Dan melihat kepada tajuk-tajuk kirimannya, rasanya hampir semua adalah copy-paste semata-mata.
  • Nasib baiklah Tedi ni mencoret suka-suka, kalaulah Tedi blogger professional, harus Tedi saman. Hehehe.

20130725