Benarkah Syaitan La'natullah dibelenggu pada bulan Ramadhan?

"Kalau benar, mengapa masih ramai manusia mebuat kejahatan di muka bumi?"

Tentu ramai di antara manusia yang pernah terfikir sedimikian.

Tidak ketinggalan di kalangan beruang, Tedi pun pernah memikirkannya, dan Tedi pernah dengar banyak pendapat daripada kawan2 yang tension kerana manusia ni jahat sangat!

Di antaranya:

  • Syaitan la'natullah terlepas apabila manusia melakukan kejahatan.
  • Manusia berbuat jahat kerana masih ada Syaitan la'natullah dalam diri manusia bernama Qarin.
  • Manusia berbuat jahat kerana dorongan nafsu.

Yang pertama dan kedua tu memang Tedi berfikir bertahun-tahun juga nak terima. Hasilnya Tedi tak berapa nak terima, tapi Tedi tak tolak. Apabila suatu masa nanti Tedi berjumpa hujah yang kuat, mungkin kedua-duanya boleh Tedi terima. Sekarang ni hujah kawan-kawan sahaja.

Gambar dicuri daripada: "Sheikh Nuruddin Al Banjari dan PenCINTA ILMU dizalimi?"

Yang ketiga tu memang Tedi boleh terima kerana ada ucapan daripada Ustaz Nuruddin al-Banjari yang terkesan di jiwa Tedi. Ucapan beliau ni Tedi dapat pada tahun lepas.
Katanya, "Bulan Ramadhan ni Syaitan la'natullah dibelenggu untuk bebaskan mereka daripada fitnah di atas setiap kejahatan manusia."
Maksudnya, bulan Ramadhan jika manusia berbuat jahat, maka salahkanlah diri sendiri. Perbaiki diri. Jangan nak salahkan godaan Syaitan la'natullah semata-mata. Kalau mengumpat, itu salah manusia. Kalau berpakaian tapi berbogel, itu juga salah manusia  Kalau memandang wanita berpakaian seksi (seksa), itu juga salah manusia.

Jadi apabila dah tahu manusia salah, apa yang manusia perlu buat? Perbaiki diri.

Itulah hikmahnya Syaitan la'natullah dibelenggu. Dapatlah manusia tahu betapa jahatnya diri  ni, kan?

Punyalah berdoa minta dihindarkan daripada godaan Syaitan la'natullah, rupa-rupanya manusia sendiri yang jahat! Entah-entah Syaitan la'natullah nak goda sebahagian manusia pun malas sebab tak berbaloi! Lebih baik mereka goda orang-orang yang baik-baik, yang alim-alim, supaya mereka ni buat kerosakan yang dahsyat kepada masyarakat.

Sebenarnya Syaitan la'natullah tak payah goda manusia dah pun dalam bulan Ramadhan ni, sebab mereka ada senjata yang ada di setiap rumah, iaitu televisyen. Tengoklah drama bulan Ramadhan, pakaian macam ahli neraka, ditayangkan pada waktu Maghrib. Tedi tertengok sebab berbuka di kedai makan. Dengan pemilik kedai dapat dosa free sebab buka channel macam tu. Tengok iklan je pun agaknya pahala dah kosong.

Benarlah bulan Ramadhan menolak fitnah ke atas Syaitan la'natullah & juga tunjukkan kejahatan sebenar manusia.