Doa yang diajar Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam kepada seorang sahabat tatkala sahabat itu tidak senang duduk di rumah kerana masalah hutang.

Maksudnya: "Ya Allah ya tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh-kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia."Hutang gambar: http://muafakatmembawaberkat.blogspot.com/2012/05/doa-elak-keluh-kesah-sedih-malas.html

Indahnya cara Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam meminta

Ini adalah doa terus daripada Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam. Berbeza gaya Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam meminta daripada gaya Tedi. Kalau Tedi meminta Tedi akan sebut terus minta itu, minta ini.

Tapi cuba tengok,

  • doa ini pada asalnya diajar kepada sahabat yang tertekan kerana masalah hutang,
  • namun dalam doa itu tidak terus kepada permintaan hapus hutang,
  • sebaliknya didahului dengan
    • minta tenang hati & tak bersedih,
    • minta jadi rajin & kuat,
    • minta jadi berani & pemurah, dan
    • akhirnya minta bebas hutang & tak ditindas.

Apa maksudnya? Mungkin

  • perkara pertama sebelum lakukan sesuatu ialah hati yang tenang & tak putus asa.
  • apabila hati tenang barulah boleh mula berusaha dengan sebaik-baiknya.
  • selepas/sambil berusaha itu, kena la juga bersikap pemurah (sama ada senyuman, derma, pertolongan)
  • selepas semua itu insya-Allah dibebaskan daripada hutang & penindasan manusia.

Doa ini mesti ada maksud yang panjang lebar oleh para ulama, cuma Tedi jer tidak mengetahuinya.

Ada hadith mengenai doa ni tapi banyak dah blog yang menyertakan hadith tersebut, maka Tedi tak letak la. Cuma Tedi saja log doa ni supaya senang Tedi hafal.

Berat betul tugasan ini, tapi semuanya Allah subhanahu wa ta'ala beri sesuai dengan keupayaan Tedi.

Banyaknya kerja sekolah! Tak tertanggung rasanya.


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (89) Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. (90) - [Al-Quran, Surah Al-Anbiya, 20:89-90]