Selalunya zoo berusaha untuk memastikan haiwan di dalamnya tidak keluar.
Namun sebaliknya bagi seorang penjaga Knoxville Zoo di Tennessee apabila dia menyaksikan seekor Beruang Hitam memanjat tembok 10-kaki sebelum merayau-rayau di dalam zoo itu.
Dia segera memeriksa semua Beruang Hitam dalam zoo itu, dan selepas pasti bahawa Beruang Hitam yang dijumpainya tadi adalah "penceroboh", dia segera mencarinya semula namun tidak ketemu.
Selepas tiada kesan beruang itu dijumpai, pihak zoo berpendapat beruang itu telah blah daripada zoo tersebut.
"Black Bear Falls kelolaan zoo kami adalah di antara terbaik di negara ini, jadi mungkin berita itu sudah tersebar di kalangan masyarakat Beruang Hitam." - Pengarah Eksekutif Knoxville Zoo, Lisa New.
Sumber: Black bear scales 10-foot fence to visit Knoxville Zoo
20130627
6 Ulasan
Kesian.. Dia lapar kot.. Tu yang cari makan dalam zoo tu..
BalasPadamTak pasti la pulak, sebab ia tak dapat dijumpai...
BalasPadamKelakar pula baca artikel ni.
BalasPadamcari makananlah tu.
BalasPadamIngatkan kat Malaysia.
BalasPadamDi Malaysia yang popupar Beruang Matahari. Beruang Hitam ni selalunya di negara omputeh.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.