Kejadian ini berlaku pada pagi tadi masa Master nak hantar Tedi ke sekolah.


Masa kami di hiway 3 lorong. Kelajuan pada 100 KM/J, kelajuan standard Master apabila tak terkocoh-kocoh.

Memandu dengan berhemah.
http://www.flickr.com/photos/13200560@N06/4638225493/

Kami duk lorong tengah sebab tak terlalu perlahan & tak terlalu laju.

Kemudian ada sebuah kereta di hadapan, kelajuannya lagi perlahan daripada kami. Master tak boleh ke kiri kerana ada kereta, tak boleh ke kanan kerana berderet kereta yang terlalu laju.

Master ikut jer kelajuan kereta tu sehingga kereta di kiri tiada & kemudian Master ke kiri sebelum meninggalkan kereta tersebut.

"Apalah kereta tu, nak slow duduk la kiri.", Tedi suarakan ketidakpuasan hati kepada Master.

Tedi tengok Master senyum jer.

"Master tak marah ke dengan kereta tu?", Tedi tak puas hati la.
"Tak."
"Kenapa?", pelik la Master ni.
"Pertama, dia patuhi had laju, 90 KM/J."

Baru Tedi perasan kami dah lebih had laju. Hehehe.
"Kedua, sebab memang patut kalau drive perlahan di Kuala Lumpur ni kena duk tengah."
"Aik, camtu pulak? Sebabnya?", lagi la Tedi tak puas hati. Nak slow duk lorong kiri la.

"Sebabnya kalau duk kiri, akan halang kereta yang laju yang nak susur keluar. Selain tu kalau la tiba-tiba jalan berpecah dua, pemandu yang memandu perlahan dengan mudah boleh ke lorong kanan atau ke lorong kiri tanpa menyusahkan pemandu lain."

Faham la Tedi. Ada logiknya hujah2 Master tu.

Selepas ni, kalau memandu perlahan, sila duduk di lorong tengah. :)
20130522