Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

"Outstation" is totally Manglish

Alamak, cikgu Pogy telefon tu.
Camne nak jawab Tedi tiada di sini.
Apa yang Master selalu sebut tu? Outstation?
Stesyen apa ek? Stesyen keretapi?

Ah, Bing.com lah kejap...
Tap tap tap... tada...

"You could use “out of town”, “out of the office”, or simply “I’ll be away next week”." kata encik Hafidz dalam blog beliau di http://englishwithsirhafidz.blogspot.com/2011/06/next-week-im-going-outstation-thats.html

Owh, out of town rupanya. Lagi bagus kalau Tedi cakap out of the world kot?

Cikgu besar Pogy mengamuk!

Kringg....

Telefon, telefon berbunyi.
Ada haiwan dalam bahaya.

Tak pergi sekolah lagi... apala nak jadi?

Hari ni Tedi tak pergi sekolah.
Maka Tedi tak dapatlah hantar kerja sekolah Tedi.
Maafla Cikgu Pogy, Tedy bukan saja-saja taknak pergi sekolah.

Kenapa Tedi tak pergi sekolah?
Tanyala Mommy, dia tak bagi Tedi naik kereta pergi sekolah pagi tadi.
Sebab Mommy dah lambat pergi kerja.
Kan Mommy, kan?

Apala nak jadi Mommy ni.


Master keliar...

Baru sampai rumah!Apa nak jadi la si Master ni, dinihari baru nampak muka.
Pagi tadi jam 8pg Master dah keliar dengan mommy, katanya jemput orang di UKM Bangki untuk dihantar ke LCCT.
Sumber gambar : http://thedrawingarm.com.au/artists/lew-keillar/
Pastu adalah Master singgah rumah kejap, pastu keliar lagi.Tedi: "Master pegi mana balik lewat ni?"Master: "Pi pesta buku."Oho, Master pegi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur la tu. Patut bawak beg banyak2."Mana buku Tedi?" "Ada dalam beg tu, pi la tengok."Yuhuu, Master beli buku pasal Pogy untuk Tedi. :-)Buku Pogy memang best, sebab tu la Pogy popular.** Sebenarnya Tedi nak kata Master keluar tapi dek kerana kesilapan semasa menaip tajuk karangan ini ia akhirnya menjadi tajuk Master Keliar. Tapi Tedi rasa ia agak sesuai kerana liar bermaksud bebas tidak terjaga atau terkawal atau juga bermaksud tidak jinak.

Rehat... buat Master yang selalu lupa!

Terkejut Tedi ... Master buang tebiat.

Terkejut Tedi pada pagi ini. Apatah tidaknya? Master tiba-tiba sahaja merampas tablet Tedi sejurus sahaja dia sedar dari tidur. Apakah yang Master nak buat dengan tablet Tedi ek? Rupa-rupanya Master baca sebuah blog! Master baca blog? Ini sudah satu keajaiban dunia... mana mungkin Master baca blog? Puas Tedi menyelidik, rupa-rupanya Master cuba mencari kisah apa yang Mommy baca melalui sebuah blog sehingga Mommy tidak boleh tidur? Ceh, cerita pasal mimpi sahaja rupanya! Terus Master merepek selepas tahu pasal kisah mimpi itu. Master memang malas betul apabila Mommy ketakutan hanya disebabkan membaca kisah tahyul sebegitu. Bukannya Master tidak mempercayai alam ghaib, tapi biarlah berpada-pada kerana kita ni semuanya adalah makhluk Allah subhanahu wa ta'ala kan? Janganlah takut sangat tidak tentu hala, cukup seram sedikit-sedikit sahaja cukuplah.

Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia di Pantai Rhu Sepuluh

Kiriman Berkaitan