Langkau ke kandungan utama

Di mana tembok Iskandar Zulqarnain? (Tedi nak panjat)



Tadi kat sekolah Tedi makan roti canai. Kantin sekolah Tedi menghadap sungai dan tepi sungai itu ada tembok.
"Ada penulis nyatakan bahwa Tembok Iskandar Zulqarnain itu tenggelam dalam dasar sebuah sungai di utara.", terngiang-ngiang kalimat Master kepada Tedi.
Tedi teringat pasal Tembok Iskandar Zulqarnain yang pernah Master ceritakan dulu.



Kepada kawan-kawan yang tak tahu, Tembok Iskandar Zulqarnain ini diceritakan dalam al-Quran sebagai jawapan Nabi Muhammad S.A.W kepada orang (Yahudi?) yang mahu menguji atau menduga kebenaran Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang Rasulullah. Mereka bertanyakan kisah seorang pemimpin kerajaan timur dan barat pada zaman dahulu. Jawapan Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja lengkap malah melebihi daripada apa yang ada dalam pengetahuan mereka, seperti jigsaw puzzle yang sebelum ini kehilangan banyak keping, kembali ditemui dan dicantum kembali. Merungkai misteri yang menyelubungi manusia sebelum itu.

Iskandar merupakan gelaran kepada seorang raja pada zaman silam yang memerintah Timur dan Barat. Memerintah dengan adil dan bijaksana. Ada pendapat yang kata dia ialah Alexander the Great, dan ada juga yang tidak setuju.

Malaslah Tedi nak citer panjang-panjang, beli buku dan baca sendiri.


Tapi sekarang Tedi terfikir, tambok   tembok tu ada lagi tak?

Tedi rasa ada sebab kalau dah runtuh, mesti Yakjuj dan Makjuj dah mengganas. Pada zaman teknologi ni takkan takde orang yang kaji pasal tembok tu. Paling kurang, cari guna satelit. Kalau setakat tulis dalam buku tu, siapa-siapa pun boleh tulis berdasarkan pendapat masing-masing.

Tedi telefon Master lah.
"Hello Master, Tedi ni."
"Yup, ada apa hal?"
"Tedi nak tanya ni."
"Busy-lah, esok lusa la tanya."
"Ok, fine."
Master sibuklah pula. Takperlah, esok lusa boleh tanya.

Ulasan

Kiriman Berkaitan