Menonton Persembahan Kumpulan Nasyid Diminati Master

Gambar anggota kumpulan nasyid dari Malaysia, Raihan bersama para peminat mereka di Pesta Buku Selangor.
 

Hari ni Master dan Mommy bawa Tedi pergi Pesta Buku Selangor 2011.

Pesta buku ni diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dari 24 Jun sehingga 3 Julai.

Tedi tak beli buku pun. Tapi Tedi sempat tengok Raihan buat persembahan di sana.

Kalau kawan-kawan tak tahu, Raihan adalah kumpulan nasyid kontemporari pertama di Malaysia dan mereka juga artis Malaysia yang memegang rekod jualan album terbanyak melalui album Puji-Pujian.

Mereka berasal dari kumpulan nasyid klasik The Zikr sebelum diminta dikecilkan kumpulan mereka jika mahu tandatangani kontrak.

Kumpulan ini selalunya digemari kanak-kanak. Lagu-lagu mereka juga ringkas dan mudah difahami.

20110407