Sekarang jam menunjukkan waktu 7:31 pagi. Kami sekeluarga berada di Hermess Hotel Johor yang terletak di alamat 51, Jalan Bestari 1/4, Taman Nusa Bestari, 81200 Johor Bahru, Johor.
Kami sampai di sini dan daftar masuk pada jam 11:30 malam semalam. Daftar masuk menggunakan kiosk.
 
Kami bertolak dari rumah di Sepang sekitar jam 8 malam Dan hanya singgah di Hentian Rehat Ayer Keroh di Melaka untuk mengisi minyak kereta. Perjalanan lancar cuma ada satu kesesakan di lorong dari Johor menghala Utara kerana ada kemalangan yang turut menyebabkan satu lorong di sebelah kanan menghala Johor ditutup.
 
The picture shows the condition of the Hermess Hotel guest house from the outside when we got there to check in at 20211203 at 23:33.
Gambar menunjukkan keadaan rumah tumpangan Hermess Hotel dari luar ketika kami tiba di sana untuk daftar masuk pada 20211203 jam 23:33. # Friday, 3 December 2021, 23:33 # IMG_20211203_233356.jpg # Xiaomi M2101K7BG #
Hermess Hotel Johor ini terletak di bangunan kedai, walaupun hotel ini bagus penampilannya tetapi kawasan bangunan kedai ini agak suram pada waktu malam dan hanya Hermess Hotel Johor ini sahaja yang bercahaya bergemilapan pada waktu tersebut.
 
Selepas daftar masuk kami mencari tempat makan tak kisahlah sama ada kedai makan atau restoran. Kebanyakan kedai makan yang disenaraikan dalam Google Maps menyatakan bahawa kedai-kedai itu akan ditutup pada jam 12 malam. Tetapi nasib kami baik kerana menemui sebuah kedai makan Alham Selera Utama di seberang jalan berhadapan dengan SMK Bandar Uda Utama.
 

Alham Selera Utama adalah kedai makan Siam dan di hadapannya ada gerai burger jika anda mahukan makanan ringan.

Aidan menarik beg sementara Aina sibuk bimbit tablet Lenovo semasa menunggu pintu bilik dibuka. Tidak sabar mereka untuk tidur di "rumah orang", istilah yang digunakan untuk hotel ataupun homestay. Kami masuk ke bilik setelah pulang dari makan malam di kedai makan Alham Selera sekitar jam 12:44 malam. # Saturday, 4 December 2021, 00:47 # IMG_20211204_004731.jpg # Xiaomi M2101K7BG #

Hermess Hotel Johor ini tiada lif jadi kami ambil bilik di tingkat bawah sahaja.

 
Bilik di Hermess Hotel Johor ni adalah kategori bilik sekangkang kera di mana hanya ada tilam sahaja yang diletakkan di atas lantai yang ditinggikan. Ada ruang selebar pintu di hadapan tilam di mana tergantung sebuah televisyen dan terletak pintu bilik air. Di sebelah kiri dan kanan ada sedikit ruang cukup untuk memuatkan barangan yang kami bawa. Tiada cerek elektrik disediakan di bilik kami tetapi komen dalam Google menyatakan bahawa ada bilik yang disediakan cerek elektrik, mungkin bilik di tingkat atas.
The picture shows the area of ​​room 107 at Hermess Hotel JB which can be categorized as a monkey crotch. But still comfortable and perfect for a budget vacation. Aidan and Aina tried on the mattress as soon as they entered the room.
 Gambar menunjukkan keluasan dalam bilik 107 di Hermess Hotel JB yang boleh dikategorikan sebagai sekangkang kera. Tetapi masih selesa dan sesuai untuk percutian bajet. Aidan dan Aina mencuba tilam sebaik sahaja masuk ke bilik. # Saturday, 4 December 2021, 00:49 # IMG_20211204_004923.jpg # Xiaomi M2101K7BG #

Bagi penginap di tingkat bawah Hermess Hotel Johor ni boleh dapatkan air panas di mesin air di lobi.

 
Tiada alat kawalan jauh untuk alat penyaman udara tetapi ada panel kawalan di dinding yang terletak agak tinggi cukup untuk dicapai Master, kalau Mummy mungkin tak sampai kerana kekatikan beliau.
 
Tandas bagus lengkap dengan perkakas bilik air dan yang penting ada paip air.
 
Arah kiblat ditanda di siling dan ruang selebar daun pintu itu cukup-cukup untuk Master tunaikan solat.
 
Kami tidak ralat dengan keadaan dalam bilik Hermess Hotel Johor ini kerana kami hanya mencari hotel bajet untuk bermalam seketika sebelum menyambung perjalanan kami ke Legoland Johor yang mana jaraknya dari Hermess Hotel Johor ini adalah 12 kilometer menurut Google Maps.
 
Badan Aidan terasa panas dan malam tadi Aidan dan Aina muntah sebelum tidur. Tetapi suhu badannya hanya 36.8. mungkin suhu badannya lebih panas berbanding kami sebab itulah terasa seolah-olah dia demam.
 

20211204