بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Sebelum ini Tedi ada berbicara mengenai Jenama Tayar Buatan Thailand yang menyenaraikan LEAO Tire sebagai salah satu jenama tayar kenderaan keluaran negara Thailand.

Kali ini Tedi akan kaji lebih mendalam mengenai jenama LEAO Tire ini.

Maklumat Syarikat LEAO Tire

Leao adalah daripada perkataan Portugis yang bermaksud "singa".

Namun syarikat LEAO Tire adalah syarikat di negara China yang berpangkalan di bandar Zhauyuan [20210730] dan dimiliki oleh kumpulan Linglong [20210730].

Syarikat LEAO Tire menggaji hampir 10000 pekerja dan telah menghasilkan lebih 30 juta set tayar [20210730].

LEAO Tire telah beroperasi hampir 2 dekad.

Kenapa kita di Malaysia baru sahaja mengenali jenama ini?

Mungkin kerana tayar yang dikeluarkan oleh LEAO Tire kebanyakannya dijual di negara Kanada.

LEAO Tire menghasilkan tayar untuk trak besar, kereta biasa, trak biasa, dan juga traktor.

 

Kos dan harga LEAO Tire

Tayar keluaran syarikat China, apa lagi yang kita jangkakan? Tentulah harganya yang lebih murah berbanding tayar keluaran negara lain kerana kos buruh yang murah.

Selain itu tayar keluaran LEAO Tire juga murah kerana mereka tidak diletakkan harapan untuk melakukan banyak kajian dan pembangunan atau terkehadapan dalam teknologi tayar berbanding jenama tayar terkemuka.

 

Pilihan tayar

LEAO Tire menawarkan banyak pilihan tayar, bukan sahaja untuk kenderaan biasa, malahan untuk ladang dan trak besar.

Ini agak mengkagumkan Tedi, tetapi mungkin tidak bagi mereka yang lebih utamakan syarikat pengeluar tayar yang mengkhusus kepada tayar-tayar tertentu sahaja.

 


Pertama kali diterbitkan pada 20210730, fakta dalam karangan ini adalah benar pada masa ia ditulis kecuali jika disertakan tarikh ia dikemaskini.
* jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih *