بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Setelah menaiki kereta agak lama juga akhirnya kami tiba di Berastagi. Penginapan kami pada malam ini ialah di Green Garden Hotel.

Sampai sahaja di Green Garden Hotel Berastagi kami terus daftar masuk bilik.

Badan kami sudah lesu ketika itu kerana lama berada dalam kereta. Jarak perjalanan tidak jauh jika diteliti semula, tetapi keadaan jalan menjadikan perjalanan kami menjadi lama. Insha Allah jika Tedi sempat mengkaji, Tedi akan sertakan peta perjalanan kami.

Pemandu pelancong kami sempat menyatakan bahawa maksud Berastagi ialah "beras tak ada lagi" atauk maksudnya sudah kehabisan bekalan beras. Tak tahulah jika pemandu pelancong kami tu bergurau atau itu memang asal-usul nama tempat Berastagi ini?

Suasana di Berastagi memang sejuk, tidak memerlukan pendingin hawa untuk menyejukkan bilik. Apabila masuk sahaja ke dalam bilik di Green Garden Hotel ni Master terus berselubung dengan selimut di atas katil. Master memang alah dengan cuaca sejuk dan memang tak ngam dengan pendingin hawa.

Kemudian kami makan malam sebelum keluar untuk pergi ke kolam air panas. Mandi air panas dalam suasana dingin ni mungkin agak menyeronokkan.

Agak pelik kenapa nombor siri gambar ini ialah 36 tetapi mungkin sahaja Master tersilap ketika menamakan semula tajuk gambar.

Gambar peralatan di tandas. Seperti tipikal hotel lain, Green Garden Hotel turut menyediakan tudung mandi (shower cap), sabun (soap), dan berus gigi (dental kit). 
Seperti tipikal hotel lain, Green Garden Hotel turut menyediakan tudung mandi (shower cap), sabun (soap), dan berus gigi (dental kit). # 2013-03-23-medan-indonesia (36).JPG # 20130323 # Saturday, 23 March 2013, 20:52 # Canon Canon EOS 500D # https://goo.gl/maps/L7uFBfddnVNWjTez9 # Jalan Jamin Ginting, Sempajaya, Berastagi, Sempajaya, Kec. Berastagi, Kabupaten Karo, Sumatera Utara 22152, Indonesia #
 

~20130323~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm