Kolaj Aina sedang menikmati makanan tengahari walaupun waktu ni dah jam 3:30 petang. Makan lewat sedikit sebab Mummy dan Master sibuk kerja dari rumah sempena COVID-19 ni.
  Tarikh berkurung di rumah dilanjutkan kepada 14 April 2020.
  Master hari ini sibuk membantu kawannya menguji kod hotfix masalah pemulangan wang pelanggan yang menutup akaun. Pada masa ini baru je selesai ujian tersebut.
  Menu makanan Aina hari ni pelik betul, dia makan nasi goreng dengan tempoyak pucuk kayu serta sedikit ikan masin.
# Wednesday, 25 March 2020, 15:28 # IMG20200325152836-COLLAGE.jpg # 20200325 # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 #

Hari ini juga Mummy beli 5 botol hand sanitizer dari Nilai Medical Center menggunakan khidmat runner dengan upah RM 20. Runner ialah orang yang kerjanya membantu menjadi wakil untuk selesaikan urusan orang lain dengan upah tertentu, di mana dalam kes ini dia membantu membeli hand sanitizer.

Apabila ditanya jika dia boleh belikan barang dapur, jawabnya boleh dengan Whatsapp dulu senarai barang dapur dan dia terus belikan dengan duit dia sendiri dahulu.