Langkau ke kandungan utama

Rugi Bayar Parking Guna Touch 'n Go?

17-September-2017, 12:30 tengahari.

Kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berjumpa Mak Ngah Ummi.

Mak Ngah akan berlepas ke Kota Bharu setelah pulang bercuti dari Vietnam. Beliau mahu bertemu Mommy untuk serahkan barang yang dibeli di sana.

Setelah menurunkan Mommy di Balai Berlepas KLIA, Master pergi meletakkan kereta di tempat letak kereta B di level G.

Dari sana kami naik lift ke tingkat 2 untuk ke terminal KLIA.

KLIA. Kuala Lumpur International Airport. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Aras 2 ke Terminal. Level 2 to Terminal. Lift label sign.

Dari tingkat 2 kami ke tingkat 5 untuk ke Balai Berlepas KLIA.

Setelah selesai urusan di sana kami bergerak pulang.

Parking di KLIA guna Touch 'n Go? Berbaloikah?

Bercerita hal bayaran parking kereta guna Touch 'n Go, ia memang memudahkan kerana kita tidak perlu fikir mana nak cari mesin autopay ketika keluar.

Apa yang perlu ialah kad TnG kita kena ada baki minimum RM 30 (tiga puluh Ringgit Malaysia) untuk meletakkan kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ada juga mesin kiosk layan diri disediakan, tapi ketika Tedi melewatinya tadi, ia tidak berfungsi. Mesin kiosk layan diri TnG ini terletak di aras 2 (level 2) Terminal KLIA iaitu di kawasan lift untuk ke tempat meletak kereta. Ia berhadapan dengan deretan mesin autopay.

Ada sebuah kedai di situ tapi Tedi tak berapa pasti jika ia sediakan perkhidmatan reload kad Touch 'n Go atau tidak. Topup kad Touch 'n Go di kedai-kedai seperti 7 Eleven selalunya akan dikenakan caj 50 sen oleh pemilik kedai.

self service kiosk (SSK), mesin kiosk layan diri, beli dan topup kad Touch 'n Go secara percuma di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Lagi satu hal ialah kita akan dicaj 10% daripada kadar bayaran letak kereta. Macam Master tadi letak kereta sejam kena caj RM 4.43. Kalau kadar bayaran letak kereta RM 4 sejam maka betullah ada caj tambahan 40 sen. Yang lebih 3 sen itu tidak pula Tedi pasti datang daripada mana.

Itu baru kadar RM 4, bayangkan jika kadar bayaran parking yang dikenakan ialah kena can RM 50, maka kita akan dikenakan caj tambahan RM 5?

Woa... Banyaknya caj tambahan?

Mengikut maklumat dari sumber tertentu, caj 10% dikenakan untuk menampung kos operasi pengusaha parking.

Ini agak membingungkan kerana bayaran tanpa tunai ni tujuannya jimatkan kos yang bermaksud pengusaha akan dapat faedah tapi pengusaha nak faedah itu sambil kosnya diletakkan pada dompet pengguna?

Kalau ambil caj 10 sen satu transaksi boleh tahan lagi, tapi ni 10%?

Tiada sesiapakah di Malaysia ni yang boleh hentikan kebobrokan ini?

Atau perlukah semua pengguna dimaklumkan untuk elakkan guna kad Touch 'n Go untuk jumlah bayaran letak kereta yang banyak?

Tedi rasa pilihan kedua itu lebih rasional. Jika anda rasa nak berjimat, bayar guna tunai, jika nak senang sambil dicaj 10%, gunakanlah kad Touch 'n Go.

Mungkin pihak Touch 'n Go sendiri perlu cari penyelesaian bagaimana nak elakkan pengguna dikenakan caj 10% oleh pengusaha tempat letak kereta?


17 September 2017

Ulasan

Kiriman Berkaitan