Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Setiap Kali

Setiap kali mendapat nikmat Jarang ku sedari itu pemberian-Mu Terkadang rasa itu kerana segala usaha dan penat lelahku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah Ku mengeluh, risau bertambah gelisah Hingga terlupa pada-Mu, Ya Allah Tempat kembali segala masalah
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang Leraikanlah aku dari keluh kesah yang membelenggu jiwa dan fikiran Ditambah dengan hasutan syaitan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan Singkapkanku hikmah segala ketentuan Moga sinar-Mu berikanku pedoman Hanya pada-Mu segala ketetapan
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang Leraikanlah aku dari keluh kesah yang membelenggu jiwa dan fikiran Ditambah dengan hasutan syaitan durjana  yang sentiasa mengarahku kepada kemurkaanmu
Kurniakanlah kepadaku ketabahan Singkapkan untukku hikmah segala ketentuan Moga sinar-Mu berikanku pedoman Hanya pada-Mu segala ketetapan Ya Allah kau redhailah diri ini

Seandainya diri ini Mampu meraih cinta dan keredhaan-Mu Seandainya akulah insan yang terpilih Pimpini hidupku

Setiap Kali adalah nasyid dengan lirik yang amat m…

Senja Sakinah di Tanjung Bidara

01 Mac 2014, 19:03 - 19:18 : Masih di Pantai Tanjung Bidara.
Wah, penatnya Tedi kebelakangan ni... tak tahulah kenapa?interpretZZ pun dah beberapa hari ditinggalkan kerana Tedi tiada upaya.Semalam mungkin merupakan hari paling teruk di mana sebelum sampai ke rumah, Tedi dah berangan macam-macam untuk tolong Mommy.Tapi sebaik sahaja angkat kain di jemuran, terus Tedi pengsan keletihan. Penyangkut baju pun habis berteraburan di lantai.Malam ini Tedi gagahkan juga membelek foto-foto di Tanjung Bidara yang masih belum sempat Tedi kepilkan.Kali ni Tedi kongsi gelagat Sakinah pada waktu senja di Tanjung Bidara.









Masjid Mukim Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan

30 Januari 2013: Singgah di Masjid Mukim Pulau Lima untuk menunaikan solat Zuhur. Kejadian ini berlaku ketika kami menghantar menantu untuk satu majlis perkahwinan di Kelantan.

Pengantin adalah sepupu Mommy di sebelah Perak, kalau Tedi tak silap.

Tedi sukakan masjid ini kerana nampak terurus.















Foto kandungan setitis air laut.

Pernahkah kita memikirkan apakah yang ada dalam setitis air laut?Air laut berasa masin, apabila kita telan, atau tertelan akan ia.Tentunya kemasinan air laut itu dek kerana ia kandungi garam.Tipikal, itulah pandangan kita terhadap air laut.Namun, tidakkah kita berasa ragu-ragu atau jelik dengan kandungan air laut yang kita tertelan itu?Foto di bawah ini mungkin bisa mengubah pandangan manusia terhadap air laut seperti mana ia mengubah pandangan Tedi.
 Sumber bacaan Tedi:
http://earthsky.org/todays-image/a-single-drop-of-seawater-magnified-25-times

Biarkan dia dengan besinnya...

11 April 2014 1503: Ketibaan kami di Jeff Sipadan di Pulau Mabul disambut aksi anak-anak Bajau Laut.Teruja juga Tedi melihat gelagat mereka yang sungguh pantas di dalam dan di permukaan laut.Ada yang gunakan besin je dah cukup sebagai sampan, belum lagi yang menggunakan perahu yang antik.


Singgah sebentar di Felda Lui Muda

4 Mei 2014: Selepas penat merayau mencari homestay sehingga ke Lui Selatan, singgah sebentar di Lui Muda untuk mengalas perut.Felda Lui Muda adalah sebuah tanah rancangan Felda yang agak kecil berbanding jiran-jirannya di DUN Lui.Tedi tak pasti sama ada telahan ini benar kerana Tedi hanya melihat secara luaran sahaja.Seperti Felda Lui Barat, Felda Lui Muda ini terletak di laluan strategik Kemayan - Bahau, nama jalan tu mungkin jalan Kemayan - Gemas.Seperti biasa dek kerana ia strategik, maka kedai di tepi jalan adalah satu fenomena biasa.Lui Muda juga mempunyai stesen minyak Shell yang agak usang, berbanding jiran-jirannya yang tiada stesen minyak.Deretan kedai ini jika ditambahbaik contohnya dengan kawasan yang luas untuk memberhentikan lori, mungkin akan menjadi tumpuan para pemandu berhenti rehat.Malangnya buat masa sekarang deretan kedai-kedai ini tidak semeriah mana.


Tedi survey homestay Lui Selatan

4 Mei 2014: Kami mula mencari rumah inap desa (homestay) untuk diduduki semasa kenduri kahwin Mak Lang Yan nanti.Pencarian kami kali ini di Felda Lui Selatan 1, salah satu rancangan Felda yang berhampiran Felda Sungai Lui.Mungkin menginap di kawasan Felda tidaklah seseronok menginap di bandar terhampir iaitu Bandar Bera atau Bandar Sri Jempol, tapi ketika kenduri, jarak perjalanan amat diambil kira.Ini hanya perkongsian maklumat dan bukan iklan, sekadar membantu sesiapa yang mengalami kesukaran seperti kami ini, jadi lebih baik kawan-kawan pergi lihat sendiri situasi di sana.Tedi bagi gambar je la ek, senang sikit nak dibaca.








Roti bakar Master

11 Mei, 3 am: Alkisahnya pagi ini Tedi kelaparan.
"Master, Tedi lapar la.""Dah tu?""Master buatkanlah makanan Tedi"
Sempena ketiadaan Mommy yang berterbangan ke Korea Selatan, Tedi mendesak Master mengambil alih tugas Mommy.
"Okay. Tunggu jap arrr" Master pun bergegas ke dapur. Bunyi keletung keletang mengalahkan Chef Wan, bunyi botol susu si Sakinah jatuh pun turut kedengaran, padahal tiada kena mengena dengan masakan Master pun.

Setelah lama menunggu, bau yang harum menusuk lubang hidung Tedi.
"Okay, roti bakar siap!!!" Punyalah lama tunggu, roti bakar je? Ingatkan sushi ikan tuna.

Sekali tengok, adoi la... apa punya rupa roti bakar la? Koyak rabak... rentung... ish ish ish


Jom ke sekolah Tedi

Pagi ni Tedi kejut Master.
"Master, cepatlah bangun, siap siaga."

"Apa kena eh Tedi, Master nak bermimpi gi Korea ni..."

"Alah Master ni, Tedi nak gi sekolah ni, dah lambat benar dah ni."

"Sekolah mana buka hari Ahad ni Tedi. Ada sukaneka ke apa? Tiada makluman awal pun, ini dah menyalahi polisi!"

"Bukanlah Master, Tedi saja nak pergi sekolah ni. Tedi kan ada komitmen!"


"Kenapa pula?"

"Ada kerja sekolah tak siap lagi ni."

"Lah, buat je lah di rumah teres kita ni."

"Tak boleh Master, nanti ia jadi kerja rumah, kerja sekolah kena buat di sekolah!", tegas Tedi.



Ha'ah, yelah. Tunggu Master siap siaga dulu.

Maka, kami akan menuju ke sekolah Tedi hari ni. Semoga semuanya berjalan lancar dan berbaloi.

Lillahi ta'ala.

Kiriman Berkaitan